atlet unimap
atlet unimap

3 atlet UniMAP wakil negara dalam kejohanan sukan universiti di Thailand

Rasyidah Zulkifi
29 Jul 2022 05:43pm
A
A
A

Seramai tiga atlet Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah berangkat ke Ubon Ratchatani, Thailand untuk mewakili pasukan Malaysia dalam ASEAN University Games (AUG 2022) yang berlangsung pada 26 Julai hingga 6 Ogos ini.

Mereka ialah Muhamad Ziyad Irham Mohd Rafidari bagi acara pencak silat, Mohamad Raimi Mustafa dan Teoh Kim Chyi pula masing-masing bagi acara olahraga.

Mohamad Raimi berkata, antara persiapan yang dilakukan untuk menghadapi AUG 2022 adalah dia dan rakan-rakan menjalani latihan selama lima hari dalam seminggu.

“Sebelum berangkat ke Thailand, kami menjalani latihan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Segalanya berjalan dengan lancar.

“Memandangkan peperiksaan akhir akan diadakan pada tarikh yang sama saya perlu bertanding di sana, pihak UniMAP memberikan kelonggaran kepada saya untuk fokus AUG 2022,” katanya yang akan menduduki peperiksaan akhir selepas kejohanan selesai.

Zaliman (tengah) menyampaikan anugerah kepada Mohamad Raimi ( kiri) dan Kim Chyi (kanan) selepas merasmikan dua kejohanan iaitu KOAK dan SUKOL peringkat UniMAP, baru-baru ini.

Tambahnya, pingat emas disasarkan pada AUG 2022 sekalipun pesaing-pesaing dari negara lain juga tidak kurang hebatnya.

AUG 2022 merupakan kejohanan sukan universiti dwitahunan yang dianjurkan bertujuan menggalakkan penglibatan barisan atlet dari negara-negara ASEAN.

Sementara itu, Naib Canselor UniMAP, Profesor Ts Dr Zaliman Sauli berkata, universiti berbangga dengan pencapaian atlet UniMAP dan sentiasa memberi sokongan kepada mereka.

“Di UniMAP, satu kejohanan tahunan yang julung kalinya diadakan bagi menyediakan platform terbaik untuk melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia iaitu Kejohanan Olahraga Antara Kolej (KOAK) dan Liga Antara Kolej (SUKOL).

“Kejohanan ini juga dirangka bagi mempersiapkan atlet menghadapi Kejohanan Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022 yang dijadualkan berlangsung pada Ogos ini dan Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) Fasa 1 dan Fasa 2 tahun ini,” ujar beliau ketika merasmikan KOAK dan SUKOL, baru-baru ini.

Artikel berkaitan

Cikgu Abas harum nama SK Danau Kota 2 dalam bidang sukan

35 mahasiswa UniMAP terima komputer riba 

5 atlet universiti terima insentif kerana berjaya wakili negara


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok