Graduan OKU fizikal UMS tabah hadapi ujian, berjaya tamatkan pengajian

Iklan
IMG-20221220-WA0061-768x614
Sentiasa berusaha dan yakin dalam menuntut ilmu.Itu merupakan resipi kejayaan graduan Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal, Fa’iz Mostal, 23, apabila berjaya menamatkan pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS).Fa’iz yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Seni Muzik) Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) telah menerima skrol sempena Majlis Konvokesyen UMS ke-24 yang disampaikan Pro Canselor UMS, Tan Sri Azman, baru-baru ini.Menurutnya, dia sendiri tidak menyangka dapat bergraduasi pada tahun ini kerana banyak halangan yang dihadapi sepanjang tiga tahun tempoh pengajian."Saya telah memilih alat muzik seruling bambu dan moden sebagai major atau instrumen untuk dipelajari."Pada awalnya, ramai pihak tidak mempunyai keyakinan terhadap diri saya untuk menguasai alat ini kerana keadaan fizikal yang kurang sempurna berbanding pelajar lain."Namun, saya tetap menguatkan semangat dan tidak menjadikan ia sebagai alasan untuk berlatih pada setiap hari dan hasilnya saya telah berjaya bermain seruling dengan lancar," katanya ketika menghadiri majlis konvokesyen tersebut, baru-baru ini.Dalam pada itu, anak sulung daripada empat adik-beradik itu berkata, pada mulanya dia dilahirkan secara normal tetapi insiden yang berlaku lebih 20 tahun lalu menyebabkan dia berstatus OKU sehingga hari ini."Semasa saya berusia dua tahun, muka saya terhempas di lantai kerana terjatuh dari baby walker dan menyebabkan saluran darah tersumbat."Sejak itu, muka saya menjadi teruk dan buat masa ini saya masih menerima menerima rawatan di klinik sekitar Kota Kinabalu untuk bahagian tulang, pendengaran, dan penglihatan," ujarnya yang berasal dari Kudat, Sabah.Selain itu, Fa’iz memberitahu, ibu bapanya telah memainkan watak penting dalam hidupnya kerana sentiasa menyokong dan banyak membantu termasuk memberi kata-kata semangat serta motivasi."Sebagai anak sulung, mereka berpesan untuk tamatkan pengajian dan menjadi contoh teladan kepada adik-adik."Saya menerima pesanan tersebut dengan hati terbuka dan berjaya membuktikan meskipun mempunyai kekurangan dari segi fizikal tetapi ia tidak menjadi penghalang untuk berjaya," tambahnya.Artikel berkaitanGraduan UPSI jual lebih 17,000 buku tajwid tampung kos sara hidup semasa pengajianStatus OKU mental bukan penghalang Nurul Yusra genggam Ijazah Sarjana Psikologi126 graduan dirai dalam Majlis Konvokesyen Program Eksekutif UTHM

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok