4,634 calon bakal duduki STAM 2022 bermula 16 Januari ini

Iklan
Seramai 4,634 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2022 di 134 buah pusat peperiksaan seluruh negara.Dalam kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM), STAM tahun 2022 akan dilaksanakan bermula pada 16 hingga 19 Januari ini."Selain itu, calon-calon juga akan menduduki peperiksaan berkenaan pada 30 dan 31 Januari serta 2 Februari tahun ini."KPM ingin mengingatkan semua calon peperiksaan STAM tahun 2022 untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung," kata kenyataan itu lagi.Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan.Jadual waktu peperiksaan STAM tahun 2022 boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.myArtikel berkaitanPelajar raih Mumtaz dalam STAM 2021, jadikan solat sunat duha sebagai amalan wajibKeputusan STAM 2020, mengikut tanda aras baharuSTAM 2020: Pengorbanan ibu bapa dan guru, suntik semangat peroleh 9 Mumtaz

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok