Kerjasama strategik bantu mahasiswa jalani pembelajaran digital

Iklan
Kerjasama strategik tersebut melibatkan KIAS dan TM One.

Bagi memastikan pembelajaran dan pengurusan digital berjalan lancar dan kondusif, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kota Bharu, Kelantan menjalin kerjasama strategik bersama TM One baru-baru ini.

Kerjasama tersebut bertujuan menaik taraf perkhidmatan rangkaian jalur lebar dan perlaksanaan perkhidmatan WiFi bagi menambah baik pembelajaran dan pengurusan digital KIAS.

Iklan
Iklan

Menurut Rektor KIAS, Profesor Emeritus Dr Ab Aziz Mohd Zin, penaiktarafan perkhidmatan jalur lebar internet di seluruh kawasan kampus sememangnya diperlukan susulan pertambahan saiz kampus tersebut.

Katanya, kerja-kerja menaiktaraf turut mengambil kira pandangan pihak luar iaitu Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat (BPTM).

Iklan

Naib Presiden Jualan Perusahaan, TM One, Nora’zam Jaafar berkata, pihaknya teruja untuk menjadi sebahagian daripada kerjasama itu dalam membentuk keupayaan digital KIAS.

"Kolaborasi ini berpotensi meningkatkan pengalaman pengurusan KIAS dalam memperkukuh kemampuan digital institusi serta memanfaatkan pengajaran, pembelajaran, pentadbiran penyelidikan dan perkhidmatan pelajar,” ujarnya.

Iklan

Diharapkan kerjasama yang dimeterai ini dapat melahirkan mahasiswa berkualiti, mewujudkan suasana kampus efisien dan pengurusan lebih mampan.