Senarai Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah KPM

Iklan
Senarai Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah KPM

PANITIA mata pelajaran merupakan jawatankuasa yang berfungsi merancang, mengurus dan menyelesaikan masalah berkaitan pelaksanaan kurikulum.

Iklan
Iklan

Pengurusan panitia mata pelajaran yang berkesan dapat memastikan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk mendepani cabaran semasa dan masa depan.

Iklan

Panitia mata pelajaran yang berkualiti juga dapat meningkatkan profesionalisme keguruan sejajar dengan peredaran masa dan tuntutan global.

Iklan

Sehubungan itu, Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI), Kementerian Pendidikan (KPM) Bilangan 2 Tahun 2023 bertarikh 9 Januari lalu memaklumkan Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah KPM.

Garis panduan yang dinyatakan itu adalah sebagai rujukan kepada pegawai di bahagian KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah yang merangkumi

• Kriteria pemilihan Ketua Panitia

• Tujuan penubuhan Panitia Mata Pelajaran

• Struktur dan organisasi Panitia Mata Pelajaran serta peranan Panitia Mata Pelajaran

• Peranan Ketua Panitia Mata Pelajaran

• Peranan Setiausaha Panitia Mata Pelajaran

• Pengurusan Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran

Untuk mengetahui lebih terperinci Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah KPM yang terdiri daripada 17 muka surat, orang ramai boleh layari https://drive.google.com/file/d/1UjUXlyjTSDQU3k0sUL3ZpdpeZwEJFUTe/view

Artikel berkaitan

KPM peruntuk 1 hari cuti tambahan sempena Tahun Baru Cina

7 teras utama jadi tumpuan KPM

KPM terus pantau dan lakukan intervensi murid berisiko cicir


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok