HomeBuletinKPM peruntuk 1 hari cuti tambahan sempena Tahun Baru Cina

KPM peruntuk 1 hari cuti tambahan sempena Tahun Baru Cina

Masyarakat Cina di negara ini bakal meraikan perayaan Tahun Baru Cina pada 22 dan 23 Januari nanti.

Melalui kalendar akademik Kementerian Pendidikan (KPM) Cuti Perayaan Sesi 2022/2023, ia memperuntukkan satu hari cuti tambahan bagi sekolah-sekolah Kumpulan A dan Kumpulan B sempena sambutan perayaan berkenaan.

Sekolah-sekolah Kumpulan A yang merangkumi negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan mendapat cuti tambahan pada 24 Januari tahun ini iaitu hari Selasa.

Bagi sekolah-sekolah kumpulan B pula, ia termasuk negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bakal memperoleh cuti tambahan pada 20 Januari bersamaan hari Jumaat.

Untuk keterangan lanjut boleh rujuk di bawah

Kumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
Jumlah cuti : 5 hari bermula 20 Januari (Jumaat) hingga 24 Januari (Selasa).

Kumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
Jumlah cuti : 5 hari bermula 20 Januari (Jumaat) hingga 24 Januari (Selasa).

Artikel berkaitan

Calon SPM pulang Tahun Baru Cina tidak dibenarkan kembali ke asrama

Manfaatkan cuti sekolah, PPIM UiTM anjur Program Canva

Peserta teruja sertai Kem Sains Cuti Sekolah 2.0


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok