Tip skor A+ Kimia SPM 2020. Cemerlang milik anda!!

Iklan
Tip skor A+ Kimia SPM 2020. Cemerlang milik anda!!

Iklan
Iklan

Guru Cemerlang Kimia, Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman Heights 1, Hairul Nizam Omar menyediakan beberapa tip penting untuk skor A+ Kimia SPM 2020.

Iklan

Antara tipnya adalah

Iklan

1) Ketahui format Kertas SPM

a) Kertas 1

Mengandungi 50 soalan objektif (50 markah)

b) Kertas 2

Bahagian A – 6 soalan struktur (60 markah)

Bahagian B – 2 Soalan, pilih 1 sahaja (20 markah)

Bahagian C – 2 Soalan, pilih 1 sahaja (20 markah)

c) Kertas 3

Mengandungi 2 atau 3 soalan bergantung pada 12 konstruk Kemahiran Proses Sains yang ingin diuji. (50 markah)

Untuk mendapat A+ pelajar perlu mendapat markah minimum: Kertas 1 (40 markah), Kertas 2 (75 markah), dan Kertas 3 (40 markah)

2) Fokus dan struggle mengikut kemampuan dahulu

Ulangkaji mengikut kemahiran dan kemampuan dahulu. Bagi kumpulan:

a) Halus (HARAPAN UNTUK LULUS)

- 20 soalan objekif Past Year

- Kertas 3

- Soalan 1-3 Past Year dan semua soalan 1-3 Percubaan Negeri

b) Sederhana

- Soalan objektif 1-35 Past year

- Kertas 3

- Kertas 2 (Soalan Struktur 4,5,6 dan Soalan esei 7 dan 8 Past Year)

c) Gemilang (Calon A+)

- Soalan objektif 1-50 Past year

- Kertas 3

- Kertas 2 (Soalan Struktur dan Soalan esei 9 dan 10 Past Year)

3) Mahir konsep Kimia. Ulangkaji tepat. Penting!

Pelajar seharusnya mahir konsep asas Kimia. Ada beberapa tajuk wajib SPM dan popular yang pelajar wajib kuasai. Berikut cikgu kongsikan topik yang menjadi fokus utama sekiranya calon ingin mendapat A+.

4) Buat Kertas 1 bagi 5 tahun ke belakang (2015 hingga 2019)

- Mengapa kita perlu buat semua soalan Kertas 1 bagi 5 tahun ke belakangnya? Biasanya soalan dan konsep Kimia akan ditanya semula, cuma bentuk soalan adalah berbeza.

- Selain itu, Kertas 1 juga boleh menjadi alat pengesan untuk pelajar mengetahui bab mana yang menjadi miskonsepsi pelajar.

- Berdasarkan jawapan calon, calon boleh analisis item bab yang belum diulangkaji dan dikuasai sepenuhnya.

5) Kuasai semua eksperimen

Ini penting kerana hampir semua soalan Kimia adalah berdasarkan eksperimen yang dibuat. Pelajar wajib menguasai pemerhatian dan perbincangan analisis eksperimen yang dibuat. Ulangkaji prosedur eksperimen berdasarkan video-video yang ada di media sosial dan youtube.

Apabila menjawab soalan prosedur pastikan menjawab menggunakan TEKNIK ABC

a) A (Action) – guna ayat yang betul

Pepejal (Masukkan), cecair (Sukat dan Tuang), gas (Alirkan)

b) B (Bahan) - spesifik

Mesti nyatakan isipadu tepat dan kepekatannya. Sekiranya logam, nyatakan dalam bentuk serbuk atau kepingan.

c) C (Container)

Alat radas mesti tepat. Contonya isipadu tabung uji tak boleh lebih 10 mL.

6) Fahami konstruk Item SPM. Salah jawab, silap faham, salah jawapan

Semasa menjawab kertas soalan, mesti faham kata tanya soalan. Ramai calon yang cemerlang tapi jawapan tidak tepat dan tidak memahami soalan. Mereka tersasar.

Di sini cikgu kongsikan tip kata tanya yang perlu calon faham.

Untuk maklumat lanjut berkenaan 1001 Dosa-Dosa dalam Kimia SPM, pelajar boleh layari dan subscribe channel youtube Hairul Nizam Omar

Sekian sahaja perkongsian cikgu untuk mendapat A+ Kimia.

Insya-ALLAH cikgu akan berkongsi lagi di lain masa. Semoga semua pelajar Tingkatan Lima mendapat A+. Usaha, berdoa dan bertawakal. Setiap hari mesti study Kimia!

Selamat maju jaya.