Dilantik sebagai warden asrama! Ini nasihat berguna warganet kepada cikgu baharu

Iklan
Dilantik sebagai warden asrama! Ini nasihat berguna warganet kepada cikgu baharu
APABILA berbicara tentang warden asrama, pasti ramai yang membayangkan tugas dan tanggungjawab yang digalas itu sangat berat.Sebagai contoh, warden perlu menjalankan banyak tugas seperti menguruskan kemasukan penghuni asrama, bertanggungjawab atas disiplin asrama dan menentukan penghuni mematuhi peraturan ditetapkan.Selain itu, warden asrama juga perlu bertanggungjawab atas semua soal makanan termasuk menu asrama, sekiranya tiada Penyelia Asrama.Ini hanyalah sebahagian tugas warden yang dikongsi Sinar Bestari. Selebihnya, masih banyak lagi tanggungjawab yang perlu mereka galas.Baru-baru ini, Sinar Bestari tertarik dengan hantaran seorang guru yang memuat naik perkongsiannya dalam grup komuniti di Facebook.Dengan posting yang bertulis Menerusi hantaran tersebut, warga maya yang kebanyakannya terdiri dalam kalangan guru mula memberi pandangan mereka berkaitan jawatan tersebut.Antara yang sempat dipetik oleh Sinar Bestari adalahZakaria Muhamad: Niatkan mahu mendidik anak bangsa. Insya-ALLAH ada ganjaran di sisiNya. Menjaga anak-anak asrama boleh menjadi lubuk menambah kebaikan. Jangan stres dan bersabar dalam sebarang tindakan .Affiza Sufi: Tahniah! Pikul itu sebagai amanah. Cikgu tenang-tenang sahaja ya! Semoga dipermudahkan.Azman Mansor: Banyak-banyak bersabar dan berfikiran positif.Mohd Salleh Bin Esa: Anda seorang hebat dan insan terpilih. Selamat menunaikan tugas penuh dedikasi.Rock Kapak Bro: Saya sudah hampir 30 tahun menjadi warden. Kuatkan semangat dan patuh pada arahan. Dekatkan diri dengan anak-anak jagaan dan utamakan kebajikan serta keselamatan mereka. Selamat bertugas.Mike Noor: Tahniah!Umi Umran: Semoga ALLAH mempermudahkan urusan cikgu.Ankkelate Kelate Kelate: Kentalkan jiwa dan hatimu.Muhammad Fahmy Razak: Alhamdulillah dan tahniah.Nor Sabarina Dina: Jawatan ini ada pengalaman indah dan ada pengalaman sebaliknya. Doakan semoga semua yang baik-baik sahaja. Good luck cikgu.Kepada guru-guru yang dilantik sebagai warden asrama, kami mendoakan agar anda dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab sebaik mungkin.Semoga berjaya cikgu!Artikel berkaitan "Jadi warden asrama memang menguji. Bayangkan, kita seolah-olah bekerja 24 jam tanpa henti"“Mereka wira negara, bukan pengasuh anak kita!”- Guru bantah cadangan pesara tentera jadi wardenSenarai Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah KPM 
 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok