Biodata ringkas 25 nabi untuk rujukan pelajar

Iklan
Biodata ringkas 25 nabi untuk rujukan pelajar
KISAH-kisah nabi sering kali menjadi bahan penceritaan ibu bapa kepada anak-anak.Ada yang berkongsi di waktu pagi dan ada juga yang bercerita sebelum si kecil melelapkan mata.Bagaimana dengan senario hari ini? Masih adakah ibu bapa yang meluangkan masa berbicara tentang latar belakang nabi kepada anak-anak?Sinar Bestari tertarik dengan fakta yang dikongsi menerusi blog Shafiqolbu berkenaan biodata ringkas 25 Nabi.Justeru itu, kami sertakan di sini info-info berkenaan sebagai panduan dan rujukan para pelajar.Semoga bermanfaat!1) Nabi AdamDianggarkan baginda hidup pada tahun 5872-4942 Sebelum Masihi (SM) di sekitar kawasan yang kini dikenali sebagai Sri Lanka.2) Nabi IdrisNabi Idris bin Yarid bin Mahlail dari keturunan Nabi Syits bin Adam. Dianggarkan baginda hidup sekitar 4533-4188 SM.3) Nabi NuhNabi Nuh bin Malik bin Mutawashlih bin Idris dari keturunan Nabi Syits bin Adam. Dianggarkan baginda hidup pada 3993-3043 SM dan diangkat menjadi nabi pada 3650 SM.4) Nabi HudNabi Hud bin Abdullah bin Rabah bin Al-Khulud dari keturunan Sam bin Nuh. Baginda hidup pada 2450-2320 SM.5) Nabi ShalehNabi Shaleh bin Ubaid bin ‘Ashif dari keturunan Sam bin Nuh.6) Nabi IbrahimNabi Ibrahim bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Baginda tinggal di Kaldaniyyun, Ur iaitu negeri yang disebut Iraq. Nama baginda disebutkan sebanyak 69 kali dalam al-Quran dan wafat di Alkhalil, Hebron, Palestin.7) Nabi LuthNabi Luth bin Haran bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh.8) Nabi IsmailNabi Ismail bin Ibrahim Azar bin Nahur keturunan Sam bin Nuh.9) Nabi IshaqNama baginda disebutkan sebanyak 17 kali di dalam al-Quran dan wafat di Alkhalil Hebron, Palestina.10) Nabi Ya’qubBaginda  ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Syam. Baginda wafat di Alkhalil Hebron, Palestina.11) Nabi YusufNabi Yusuf bin Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil dan Hyksos di Mesir. Baginda wafat di Nablus, Palestina.12) Nabi Syu’aibWafat di Madyan.13) Nabi AyyubNabi Ayyub bin Amwas bin Zarih dari keturunan Ibrahim. Mempunyai 26 anak dan wafat di Huran di Syam.14) Nabi ZulkifliBaginda mempunyai dua anak dan wafat di Damaskus Syiria.15) Nabi MusaBaginda ditugaskan berdakwah kepada Mesir Kuno, para Firaun dan Bani Israil di Mesir. Nama baginda disebut sebanyak 136 kali di dalam al-Quran.16) Nabi HarunWafat di Tanah Tih.17) Nabi DaudNabi Daud bin Aisya bin Awid dari keturunan Yahuza bin Ya’qub dan wafat di Baitul Maqdis, Palestin.18) Nabi SulaimanBerketurunan Yahuza bin Ya’qub.19) Nabi IlyasDari keturunan Harun bin Imran dan baginda tidak wafat tetapi diangkat ke sisi ALLAH.20) Nabi Ilyasa’Baginda  ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil dan orang-orang Amoria di Panyas, Syam. Wafat di Palestin.21) Nabi YunusBaginda  wafat di Ninawa di Iraq.22) Nabi ZakariaMempunyai  seorang anak dan wafat di Syam.23) Nabi YahyaYahya bin Zakaria dari keturunan Sulaiman bin Daud dan wafat di Damaskus Syiria.24) Nabi IsaBaginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Baginda juga tidak wafat melainkan diangkat ke sisi ALLAH.25) Nabi MuhammadMuhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib dari keturunan Ismail bin Ibrahim. Baginda ditugaskan berdakwah kepada seluruh manusia dan alam semesta. Tinggal di Mekah dan Madinah serta wafat di Madinah.Sumber: Blog ShafiqolbuArtikel berkaitanHebatnya model pengajaran Ibnu Khaldun, cikgu-cikgu boleh tiru cara iniKerana jasanya, penerima Nobel Peace Laureate 2006 terima Ijazah Kehormat UPMPengasas Algebra rupanya ilmuwan Islam yang terkenal, jom kenali tokoh ini

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok