Kerana jasanya, penerima Nobel Peace Laureate 2006 terima Ijazah Kehormat UPM
Kerana jasanya, penerima Nobel Peace Laureate 2006 terima Ijazah Kehormat UPM

Kerana jasanya, penerima Nobel Peace Laureate 2006 terima Ijazah Kehormat UPM

Roshlawaty Md Raieh
02 Dec 2022 10:16am
A
A
A

Banyak jasa dan sumbangan penerima Nobel Peace Laureate 2006, Profesor Muhammad Yunus dalam bidang ekonomi dan perniagaan.

Antaranya beliau telah mendapat pengiktirafan dari 10 buah negara seperti Tun Abdul Razak Award (1994) dari Malaysia; World Habitat Award (1997), The United Kingdom; Gandhi Peace Prize (2000), India; Petersberg Prize (2004), Amerika Syarikat dan Nobel Peace Prize (2006), Norway di atas kepakarannya dalam bidang berkenaan.

Muhammad Yunus juga merupakan pengasas pinjaman mikro kredit kepada golongan tidak berkemampuan untuk memulakan perniagaan jangka panjang setelah Bangladesh mengalami krisis kebuluran pada 1974.

Dari situ, beliau mula mengembangkan mikro kredit yang merupakan pilihan terbaik untuk membasmi kemiskinan dengan menubuhkan Grameen Bank.

Dalam masa yang sama, tokoh hebat ini merupakan seorang daripada tujuh individu yang menerima Hadiah Nobel Peace, Pingat Kebebasan Presiden United States dan Pingat Emas Kongress United States.

Dek kejayaan demi kejayaan yang diraih, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganugerahkan beliau dengan Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi Perniagaan UPM pada Majlis Konvokesyen UPM ke-46.

Muhammad Yunus

Tuanku Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan ijazah kehormat itu sempena konvokesyen tersebut.

Bagi pengiktirafan tersebut, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM akan melantik tokoh itu sebagai Pemegang Kursi Menteri Besar Selangor (MBI) untuk tempoh tiga tahun bagi membentuk kepimpinan dalam mengupayakan penyelidikan dan pengajaran dalam bidang pengurusan, perniagaan dan ekonomi.

Sementara itu, Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), UPM, Profesor Dr Bany Ariffin Amin Noordin berkata, kerjasama bersama Muhammad Yunus itu secara langsung membantu UPM terutama dalam aktiviti ‘social business’ dan program komuniti berdasarkan hasil kerja ‘Yunus Social Business’.

“Dengan adanya tokoh sebegini yang mempunyai pengalaman banyak, ia boleh dikongsikan bersama fakulti dan universiti untuk memperkukuhkan pengajaran dan jaringan industri,” ujarnya.

Kata beliau, dengan adanya jaringan bersama Tokoh Nobel Laureate, secara langsung ia akan meningkatkan imej serta pembelajaran UPM dalam memperluaskan jaringan ‘social business’ yang dapat dimanfaatkan di masa akan datang.

Muhammad Yunus (dua dari kiri) merupakan pengasas pinjaman mikro kredit kepada golongan tidak berkemampuan untuk memulakan perniagaan jangka panjang setelah Bangladesh mengalami krisis kebuluran pada 1974.

Artikel berkaitan 

Kanser limfoma tidak halang guru di Sabah genggam PhD

Berkat doa mak ayah, kembar seiras UTM ini bakal jurutera di Singapura

Anugerah Naib Canselor Sesi Akademik 2021/2022 UKM milik John Sebastian


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok