Hebatnya model pengajaran Ibnu Khaldun, cikgu-cikgu boleh tiru cara ini
Hebatnya model pengajaran Ibnu Khaldun, cikgu-cikgu boleh tiru cara ini

Hebatnya model pengajaran Ibnu Khaldun, cikgu-cikgu boleh tiru cara ini

Roshlawaty Md Raieh
18 Jan 2023 02:49pm
A
A
A

GURU Cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Petai, Melaka, Ustazah Aminah Mat Yusoff berkongsi pandangannya mengenai beberapa tokoh yang menjadi idola ramai terutamanya kepada warga pendidik.

Dalam perkongsian yang di muat naik menerusi laman Facebooknya baru-baru ini, Ustazah Aminah berkata, antara tokoh Barat yang menjadi rujukan ramai ialah Flavell (1979), Wolfgang Kohler (1887-1967) dan David Ausubel (1918 hingga kini).

“Mereka menjadi panduan kerana kepakaran menyusun strategi pengajaran.

“Namun jangan dilupa dengan cendekiawan Islam, Ibnu Khaldun. Kehebatan tokoh sejarawan dan pemikir Islam ini sebenarnya sangat bermakna dalam dunia perguruan,” ujarnya dalam hantaran tersebut.

Sambung Ustazah Aminah, model pengajaran Ibnu Khaldun wajar menjadi rujukan guru-guru kerana pendekatan yang diambil cukup berkesan.

“Ada dua model pengajaran Ibnu Khaldun yang boleh dijadikan panduan untuk saya dan rakan-rakan guru yang dikasihi.

“Saya catatkan di sini untuk kita sama-sama praktikkan ketika mendidik murid-murid,” kata beliau.

Mari ikuti model pengajaran Ibnu Khaldun seperti diceritakan oleh Ustazah Aminah.

1) Beransur-ansur

Saya sangat setuju jika proses menyampaikan ilmu itu dilakukan secara beransur-ansur dan tidak terlalu banyak. Susun gaya penyampaian kita secara bijak dan kemahiran yang hendak diajar mesti daripada mudah kepada susah.

2) Melalui tiga proses

Hebat sungguh kesan model ini jika kita memahaminya secara halus dan mendalam. Saya sangat berminat dengan teknik tiga proses ini iaitu

a) Peringkat pertama ialah penerangan secara ringkas. Masa ini, cikgu-cikgu boleh sampaikan kepada murid kata kunci daripada isi pengajaran pada hari tersebut.

b) Peringkat kedua ialah penerangan secara lebih jelas dan mendalam. Sambil kita menyampaikan ilmu, lihat juga penerimaan murid terhadap ilmu yang kita sampaikan. Jika majoriti tidak dapat hadam maka turunkan aras sehingga ilmu itu betul-betul dapat mereka fahami.

c) Peringkat ketiga ialah pengulangan ilmu yang dipelajari. Guru menerangkan sekali lagi sebagai pelengkap kepada penerangan pertama dan kedua.

Sebelum itu, Ibnu Khaldun merupakan antara cendekiawan Islam yang tidak asing lagi sekitar abad ke-14.

Beliau melakar sejarah sendiri dengan kehebatannya sebagai seorang tokoh sejarawan dan pemikir Islam dalam bidang sosial, politik, pendidikan dan falsafah yang diiktiraf seantero dunia.

Nama penuh Ibnu Khaldun ialah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun. Beliau lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal dunia pada 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir.

Menyoroti latar belakang Ibnu Khaldun secara ringkas, lelaki berketurunan Arab Yemen itu bukan sembarangan individu.

Ini kerana, beliau sudah menghafaz al-Quran sejak dari kecil lagi, selain menguasai pelbagai bidang ilmu pada usia belasan tahun. Ketekunannya menggali ilmu fardu ain dan kifayah memang sudah dilentur pada usia muda.

Seterusnya, Ibnu Khaldun turut terkenal sebagai pelopor kepada pemikiran moden seperti sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan.

Justeru itu, tidak hairanlah beliau digelar Bapa Sejarah Kebudayaan dan Sains Sosial Moden.

Artikel berkaitan

Norasmah tokoh TVET POLIMAS

Cara susunan fail bagi Calon Guru Cemerlang, ada 6 cadangan terbaik perkongsian Ustazah Aminah

Amir Izwan dinobat Tokoh Siswa UPSI 2021


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan