Bekas KP Pendidikan, Amin Senin ketuai MPPK

Iklan
KPM-MPPK-SINARBESTARI-2023
Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Amin Senin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) untuk sesi 2023-2025.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan perkara tersebut sejurus menyampaikan amanat tahun baharu bagi Kementerian Pendidikan (KPM).Amin akan dibantu Profesor Datuk Dr Mohamad Fauzan Noordin sebagai Timbalan Pengerusi.MPPK turut dianggotai Profesor Dr Omar Yaakob, Datuk Dr Mehander Singh Nahar Singh, Profesor Datuk Dr Inayah Ya'akub dan Mohd Abd Aziz Mahmud.Anggota lain ialah Aminuddin Awang, Rusilawati Mohd Salleh dan Chee Poh Kiem.Fadhlina berkata, semua yang terpilih mempunyai kepakaran dan daripada latar belakang yang pelbagai dalam bidang masing-masing."Pengalaman luas beliau (Amin) dalam bidang pendidikan dengan dibantu gabungan mantap lapan ahli MPPK lain diyakini dapat memikul amanah membantu mengemudi sektor pendidikan negara dengan mengemukakan idea bernas yang membuka laluan ke arah pembaharuan, kesepaduan dan pendemokrasian pendidikan," katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 Kementerian Pendidikan (KPM) di Putrajaya, semalam.Fadhlina berkata, isu bebanan tugas guru menjadi tumpuan utama MPPK untuk diperhalusi sebelum cadangan penyelesaian terbaik bagi menanganinya."MPPK berperanan menasihati menteri (Pendidikan) berhubung apa-apa isu pendidikan yang dirujuk oleh menteri kepada MPPK dengan mengemukakan syor berkaitan," ujarnya.MPPK ditubuhkan pada November 2010 mengikut Seksyen 10, Akta Pendidikan 1996 atau Akta 550.Artikel berkaitanKPM peruntuk 1 hari cuti tambahan sempena Tahun Baru CinaKPM aktifkan semula MPPKKPM janji tambah baik proses pemberian wang bantuan ke sekolah

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok