PENDIDIKAN-SINARBESTARI-2022
PENDIDIKAN-SINARBESTARI-2022

KPM aktifkan semula MPPK

nadzarul.amir
15 Dec 2022 06:38pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) seperti termaktub di bawah Akta Pendidikan 1996.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata, pengaktifan semula MPPK dapat menyumbang idea dan pandangan kepada KPM dalam merangka serta menambah baik hala tuju pendidikan negara.

"Perkara ini termasuklah memikirkan kesinambungan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang akan berakhir pada 2025.

"Saya akan mengambil pendekatan lebih holistik melalui proses konsultasi dan musyawarah dengan rakan strategik serta semua pihak yang berkepentingan.

"Saya juga akan memastikan keseluruhan ekosistem pendidikan dilaksanakan mengikut proses ditetapkan dan berlandaskan Akta Pendidikan 1996," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas KPM di Dewan Serbaguna Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, Ketua Setiausaha KPM, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali.

Beliau menambah, proses lantikan MPPK akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Fadhlina berkata, KPM berhasrat melihat murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.

Artikel berkaitan

KPM mampu gubal dasar ke arah era baharu pendidikan negara – Fadhlina Sidek

Fadhlina Sidek dilantik Menteri Pendidikan

Hui Ying mahu bantu naik taraf pendidikan negara


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok