Menteri Kanan (Pendidikan) kongsi sajak dikarangnya sendiri, warga maya titip doa dan ucapan

Iklan
Menteri Kanan (Pendidikan) kongsi sajak dikarangnya sendiri, warga maya titip doa dan ucapan

Semalam merupakan sambutan Hari Guru kali ke-50.

Iklan
Iklan

Dengan tema"Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”, sambutan tahun ini masih lagi dalam norma baharu disebabkan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat setiap hari.

Iklan

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin memuatnaik perkongsian sebuah sajak berkenaan guru, semalam.

Iklan

Sajak yang ditulis setahun yang lalu dan dikongsi menerusi facebooknya itu telah mendapat 2.9K tanda suka, 282 komen dan 4242 perkongsian daripada warga maya.

Mari ikuti sajak yang dikarang beliau sendiri untuk semua yang bergelar pendidik.

*****

Saya kongsikan deklamasi sajak yang saya tulis setahun yang lalu sebagai tanda ingatan di atas segala budi, jasa baik dan pengorbanan setiap seorang insan yang bergelar guru di sepanjang perguruan saya.

Deklamasi dan sajaknya tidaklah sempurna, tetapi ikhlas dari hati sebagai tanda ingatan kepada guru yang banyak berjasa, termasuklah mahaguru saya, arwah Cikgu Jidin.

Aku dan Guru

Aku di sini bukan kerana aku dilahirkan bijak,

Bukan kerana aku dilahirkan pandai,

Bukan kerana aku dilahirkan pintar,

Tidak juga kerana aku dilahirkan hebat.

Aku di sini direzekikan Yang Maha Esa,

Dititipnya pendidik dan penjaga,

Senantiasa sabar dan sedia,

Mengajarku erti dunia,

Mengasuh dan membina,

Dari kecil hingga dewasa,

Tanpa jemu dan putus asa,

Ilmu dipaku ke dalam jiwa,

Menusuk tajam ke akal geliga,

Menjadi pedoman buat kembara,

Sebagai ingatan di hari tua.

Setiap titik ilmu ditadah,

Tentu ada guru yang bermadah,

Menasihat bab ibu dan ayah,

Bertegas usah mengalah,

Memimpin agar terus melangkah.

Tanpa guru siapalah aku,

Hidup kosong tanpa ilmu,

Ibarat sungai mengalir lesu,

Entah di mana muara dan hulu,

Menjadi manusia tanpa tuju.

Terima kasih cikgu,

Terima kasih guru,

Budi dan jasamu kusanjung selalu,

Aku akan terus berguru, demi cinta kepada ilmu.

Hasil perkongsian sajak berkenaan, facebook  Dr Mohd Radzi dihujani dengan pelbagai ucapan Selamat Hari Guru.

Antara ucapannya

1) Terbaik YB DRJ. Terima kasih kepada insan yang bergelar guru kerana telah mendidik kami sehingga berjaya. Selamat hari guru

2) Selamat Hari Guru. Semoga semua guru terus tabah dan kuat untuk hadapi cabaran baharu dalam dunia pendidikan.

3) Alhamdulillah. Selamat Hari Guru. Terima kasih cikgu. Terbaik

4) YBBM Datuk Dr Radzi Jidin, Excellent Menteri Kanan Pendidikan. Selamat Hari Guru kepada Datuk Dr Radzi dan semua warga pendidik negara. Semoga Allah sentiasa pelihara, rahmati dan memberi pahala kepada guru yang mengajar pelajar penuh dengan amanah, ikhlas membentuk sahsiah, iman dan moraliti serta mengajar mereka berpatrotik, Aamiin.

5) Didikan guru mendewasakan kita menjadi insan berilmu dan bertakwa. Semoga Allah merahmati semua guru di dunia dan akhirat. Terima kasih cikgu.

6) Terima kasih DRJ. Semoga kita semua istiqomah dan ikhlas dalam memegang amanah ini. Sekali kita bergelar guru maka selamanya kita adalah guru. Selamat Hari Guru.

Sumber: Facebook Dr Radzi Jidin