Animasi gerak henti dapat pujian. Rupa-rupanya ini yang dilakukan guru dan murid SK Dato’ Wan Kemara
Iklan
"Animasi gerak henti atau gerak pegun (stop motion) adalah satu teknik animasi untuk membuatkan suatu objek yang dimanipulasi secara fizikal kelihatan bergerak dengan sendirinya. Ia boleh dilakukan dalam 2D ataupun 3D dengan penggunaan tanah liat dan juga objek-objek seperti botol, objek alam, kertas mahupun manusia."Apabila setiap gambar itu disusun secara teratur, satu 'pergerakan’ akan terbentuk dan terjadilah sebuah pergerakan gerak henti," katanya.Pada peringkat permulaan penghasilan animasi gerak henti, Cikgu Mohammad dengan dibantu Cikgu Mohamad Hilmi Saifuddin memilih murid yang berbakat untuk melatih mereka menggunakan teknik 2D."Murid-murid melukis semua watak dalam cerita ‘The Tortoise and The Rabbit’ yang dipilih sebagai projek animasi pertama.[caption id="attachment_20167" width="600"] Perbincangan antara Cikgu Mohamad Hilmi (kanan) dan Cikgu Bawani berkenaan penghasilan dan pergerakan watak-watak animasi untuk dimasukkan dialog.[/caption]"Kemudian mereka perlu menyediakan meja yang dijadikan green screen sebagai pentas dan memastikan cahaya cukup terang. Peralatan seperti kain hijau, telefon bimbit, lampu, perisian ‘stop motion studio’, komputer dengan perisian Filmora dan lain-lain perlu dalam keadaan yang lengkap."Kami mengambil masa selama tiga hari untuk rakam pergerakan arnab dan kura-kura."Untuk peringkat awal, gambar yang diambil haruslah melebihi 20 frame per saat. Memang kita mengharapkan murid dapat menghasilkan lebih 30 frame per saat tapi bimbang mereka akan cepat bosan sebab pergerakan terlalu lambat. Jadi, kita beri peluang murid-murid guna tidak kurang 20 frame per saat dulu dan projek seterusnya kita cuba menepati lebih 30 frame per saat," katanya.Seterusnya jawatankuasa pembimbing akan melihat hasil kerja yang dihasilkan dan memberi khidmat nasihat untuk pengubahsuaian dan penambahbaikan.Untuk projek tersebut, lapan murid telah terpilih dan diagih tugas dalam menyiapkan projek tersebut. Mereka ialah murid-murid Tahun Enam Syazwina Bakri Noor Huda, Muhammad Fahmi Mohd Zaini, Nurmedina Sofea Zamri, Alif Khusyairi, Nurmarisa Sumayya Zamri (Tahun Lima), dan Ahmad Sibghotallah (Tahun Empat).Manakala guru-guru yang melatih pula terdiri guru berpengalaman luas iaitu Cikgu Huda Ishak, Cikgu Bawani Subramaniam dan Cikgu Mohamad Hilmi.