Soloz idola e-sukan, kini mampu jana pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan

Iklan
Untitled design
Jika disebut nama Mohd Faris Zakaria, mungkin ada yang tidak mengenalinya berbanding dengan nama glamornya, Soloz.Bagi mereka yang aktif dalam e-sukan pastinya nama ini tidak asing lagi kerana Soloz merupakan antara idola anak-anak muda hari ini.Manakan tidak, anak kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan ini pernah tular gara-gara bergambar dengan penampilan yang cukup santai bersama sebuah kereta Ford Mustang yang baru dibeli.Saat itu nama pemuda berusia 29 tahun ini terus menjadi perhatian ramai terutama golongan muda yang ingin berjaya sepertinya dalam bidang e-sukan sekali gus memperoleh pendapatan lumayan.[caption id="attachment_20383" width="400"] Soloz[/caption]Berjaya membuktikan sukan tersebut bukanlah bidang yang tidak bermanfaat dan membuang masa, Soloz bagaimanapun memberitahu kejayaan yang dikecapinya hari ini adalah kerana minatnya yang mendalam sejak kecil.Pendapatan lumayan"Apa juga yang dilakukan perlulah bersungguh-sungguh dan juga konsisten supaya kita akan menjadi mahir dan kekal mengikut trend semasa."Tidak dinafikan ramai di luar sana terutama ibu bapa mempunyai pandangan yang negatif mengenai e-sukan tetapi kita sebagai anak perlu membuktikan kerjaya dalam bidang ini bukan membuang masa dan tidak berfaedah."Sekurang-kurangnya buktikan dan yakinkan yang kita boleh berdikari pada keluarga bahawa apa juga bidang yang kita ceburi bukan sahaja sukan elektronik mampu menjadikan kita seorang yang berjaya," ujarnya ketika dihubungi GPSBestari, baru-baru ini.Hakikatnya tiada siapa menyangka bidang ini mampu menjanjikan pendapatan lumayan kepada mereka yang berani menyahut cabaran.Merupakan pemain profesional Mobile Legends dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG Mobile), anak bongsu daripada lima beradik ini telah membuka mata banyak pihak mengenai potensi sukan elektronik ini. Kerjayanya sebagai atlet e-sukan semakin popular dalam kalangan belia apabila menjanjikan masa depan yang cerah dan sumber pendapatan mampu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.Bercerita lebih lanjut mengenai kerjayanya itu, Soloz menjelaskan, pendapatan bulanannya bergantung menerusi siaran langsung atau penstriman yang dilakukan melalui platform media sosial Facebook dan YouTube."Pendapatan bulanan kita sebenarnya bergantung kepada penonton yang menonton ketika kita bersiaran secara langsung.[caption id="attachment_20384" width="600"] Soloz (kanan) bersama ahli kumpulan Bosskur.[/caption]"Alhamdulillah, saya bermula seawal usia 15 tahun, bermain tournament solo kemudian ketika 18 tahun bermain tournament party (berkumpulan) dapat mengekalkan ‘rentak’ sehingga hari ini."Yang penting sekiranya ingin berjaya dalam bidang ini, anda perlu kerap berlatih."Jika perlu belajarlah dengan seorang ‘guru’ yang betul-betul mahir kerana tiada universiti atau kolej yang menawarkan jurusan e-sukan melainkan menyertai Akademi eSport," tambah pemegang Diploma Rangkaian Komputer ini.Yang pasti, Soloz menjadi penanda aras atlet e-sukan yang berjaya dan melaluinya juga dia dapat meraih pendapatan lumayan.ANTARA PENCAPAIAN SOLOZ