david-edelstein-N4DbvTUDikw-unsplash
david-edelstein-N4DbvTUDikw-unsplash

Teringin belajar di Jepun, ini antara biasiswa yang pelajar boleh cuba mohon

Adlan Farhan Azwan
04 Apr 2022 02:54pm
A
A
A

Menyambung pengajian di luar negara merupakan ramai impian pelajar di luar sana. Pelbagai faedah yang boleh dimanfaatkan sekiranya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.

Bagaimanapun, ramai pelajar yang terpaksa melupakan impian untuk belajar di luar negara disebabkan faktor kewangan. Namun, pelajar disarankan untuk jangan putus asa terlebih dahulu.

Ini kerana terdapat banyak bantuan kewangan dan biasiswa yang boleh dimohon untuk merealisasikan impian itu.

Kali ini, Sinar Bestari ingin kongsikan dengan pelajar semua tentang satu hantaran yang dibuat Zunita Ramli di laman Facebook tentang biasiswa yang ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran khususnya di Jepun.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah.

*****

Ramai juga yang mesej saya tanya mengenai keinginan belajar di Jepun. Sebenarnya, banyak sangat biasiswa yang Jepun tawarkan untuk belajar dekat Jepun ini.

Antara biasiswa yang pelajar boleh mohon:

- AEON Scholarship

- MEXT

- Mitsui & Co. Scholarship

- JERA Asia Scholarship

- Mitsubishi UFJ Trust Scholarship Foundation

- Asian Development Bank-Japan Scholarship Program (ADB-JSP)

- Konosuke Matsushita Memorial Foundation (KMMF) dan banyak lagi.

Semua biasiswa ini layak untuk dimohon oleh rakyat Malaysia, sama ada individu itu memang tinggal di Malaysia, atau rakyat Malaysia yang tinggal di Jepun. Tidak kisah sama ada hendak belajar sarjana muda, sarjana atau doktor falsafah (PhD).

Akan tetapi, semestinya setiap biasiswa mempunyai kelayakan yang berbeza. Ada banyak cara untuk mohon, tetapi bagi saya cara paling mudah adalah mohon dahulu universiti yang kita ingin masuk. Selepas sudah diterima masuk, barulah kita akan mohon biasiswa melalui universiti itu. Kiranya, ada dua fasa.

Sebagai contoh, saya ingin sambung Sarjana di Meiji University. Fasa pertama adalah mohon untuk kemasukan universiti. Pergi dekat laman web universiti, baca dan isi segala butiran atau kertas cadangan yang diperlukan. Semasa mengisi, nyatakan sekali bahawa kita ingin memohon biasiswa juga.

Selepas diterima masuk ke universiti, pemohon akan melalui fasa kedua pula, iaitu fasa mohon biasiswa. Kebiasaannya, universiti akan senaraikan biasiswa yang boleh dimohon (disebabkan lain universiti, lain senarai biasiswa) dan anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah yang diberikan.

Sudah tentu, calon dengan rekod akademik yang baik mempunyai peluang yang lebih cerah untuk dapat biasiswa. Namun, pelajar yang mempunyai rekod akademik kurang baik pun boleh mencubanya. Doa yang baik-baik, usaha yang terbaik!

Jadi, sesiapa yang berminat nak sambung belajar dekat Jepun, sekarang sudah dibuka pengambilan kedua. Selamat maju jaya! Jumpa nanti di Jepun.

Sumber: Facebook Zunita Ramli

Artikel berkaitan 

Fokus pembentukan sahsiah diri ketika kecil, sistem pendidikan di Jepun patut dicontohi

Tawaran biasiswa pendidikan Terengganu dibuka, sambung ACCA dan ijazah lanjutan dalam dan luar negara

Komponen kemahiran dalam subjek Sejarah, ini yang pelajar akan dapat


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok