Aunee Azrina kuasai bahasa Jepun, Korea dan Mandarin. Anak Malaysia memang hebat!

Iklan
1106532

"Pada mulanya memang susah hendak menguasai bahasa Jepun kerana asyik terfikir ‘terpaksa’ belajar disebabkan ingin melanjutkan pelajaran ke sana (Jepun) tetapi akhirnya ia menjadi seronok kerana kita mula faham, fasih dan mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa mereka ketika berada di sana.” Itulah reaksi Aunee Azrina Zulkifli, 28, ketika ditanya mengenai pengalamannya mempelajari bahasa ketiga iaitu bahasa Jepun.

Iklan
Iklan

Mengakui tidak rugi sekiranya boleh berkomunikasi selain daripada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, Aunee Azrina memberitahu ia memberi satu kelebihan kepada diri sendiri pada masa hadapan.

Iklan

Bagaimanapun jelas Aunee Azrina, pemilihan bahasa ketiga perlulah dibuat dengan betul agar ia tidak merugikan dan membuang masa.

Iklan

[caption id="attachment_20992" width="400"] Aunee Azrina bertuah kerana kemahirannya yang boleh berbahasa Jepun dan Korea memudahkan segala urusannya ketika berada di negara tersebut.[/caption]

"Malaysia sememangnya merupakan sebuah negara yang unik kerana selain terdiri daripada pelbagai bangsa, rakyatnya juga boleh bertutur lebih daripada satu bahasa selain bahasa ibunda, bahasa Melayu.

"Pastinya penguasaan bahasa ketiga memberi kelebihan, tambahan hari ini dengan pelbagai syarikat luar negara membuka perniagaan di sini ia memberi peluang pekerjaan dengan gaji yang lumayan.

"Begitupun, pemilihan bahasa perlulah betul kerana tidak semua bahasa sesuai dan akan digunakan dalam komunikasi harian,” ujar anak kelahiran Ipoh, Perak ini lagi.

Juga boleh berkomunikasi dalam bahasa Korea dan Mandarin, Aunee Azrina yang kini bekerja dengan salah sebuah syarikat luar negara di ibu kota berkata, dia bertuah kerana pekerjaannya hari ini memerlukannya berkomunikasi dalam bahasa Jepun.

Kriteria pembelajaran

Ini kerana katanya, jika kedua-dua kriteria tersebut tiada, kita akan mengalami masalah ketika sesi pembelajaran berlangsung.

[caption id="attachment_20993" width="600"] Aunee Azrina bersama rakan-rakan sekuliah di Tokyo University of Sciences, Jepun.[/caption]

"Sebenarnya dalam kehidupan harian, apa yang dilakukan adalah kerana minat dan tanpanya segala-galanya tidak akan berjalan dengan lancar.

"Begitu juga apabila hendak mempelajari bahasa ketiga, dengan minat dan keyakinan diri, menjadikan kita lebih fokus dan mudah memahami.

"Pembelajaran bahasa ketiga akan menjadi lebih seronok sekiranya kita mempraktikkan atau menggunakan bahasa tersebut setiap hari dalam komunikasi harian dan sekiranya tidak, apa yang dipelajari akan ‘membazir’ dan sia-sia kerana tanpa latihan kita akan lupa,” katanya dengan lebih lanjut.

Bahasa Korea dan Mandarin

Bercerita pula mengenai penguasaanya dalam bahasa Korea dan Mandarin, Aunee Azrina memberitahu dia mempelajari bahasa Korea kerana selain K-pop dan K-drama menjadi kegilaan masyarakat seluruh dunia hari ini, dia juga terpilih untuk program pertukaran pelajar ke Korea selama sebulan ketika belajar di Jepun.

Untuk bahasa Mandarin pula, selain merupakan bahasa dunia, secara kebetulan abjadnya mirip dengan abjad bahasa Jepun dan ini memudahkan lagi proses pembelajarannya kerana sudah mempunyai asas.

Yang pasti, Aunee Azrina tidak melepaskan peluang untuk mempelajari bahasa-bahasa tersebut untuk menambah ilmu di dada.

[caption id="attachment_20996" width="600"] Oleh kerana Aunee Azrina boleh berbahasa Jepun dengan fasih, dia pernah diundang ke program NHK di Tokyo, Jepun.[/caption]

Turut berkongsi, sekiranya hari ini ada yang ingin mempelajari bahasa ketiga (apa juga bahasa), bagi pelajar institut pengajian tinggi mereka boleh memilih bahasa sebagai mata pelajaran elektif ataupun mereka boleh berkunjung ke pusat bahasa dan menghadiri kelas persendirian yang banyak ditawarkan.

Ditanya mengenai yuran pembelajaran pula, menurut Aunee Azrina, ia bergantung kepada tahap (level) yang diikuti dan selalunya setiap tahap yurannya berbeza.

Sebelum mengakhiri bicara, Aunee Azrina berkata, dengan dunia semakin berkembang maju terutama dari segi teknologi, kelebihan menguasai bahasa ketiga bagi rakyat Malaysia membolehkan kita bersaing di peringkat global.