Sekolah raih Anugerah Lonjakan Saujana, Ustaz Azman kongsi rahsia di sebalik kejayaan itu

Iklan
smkakl7
Siapa yang tidak bangga apabila sekolah yang ditadbir dan dipimpin berjaya mencatat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)2020, baru-baru ini.Kejayaan itu diraih oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur (SMKAKL) apabila mencatat gred purata sekolah sebanyak 1.52 berbanding 2.40 pada tahun sebelumnya sekali gus membolehkan sekolah berkenaan dianugerahkan Anugerah Lonjakan Saujana kerana pencapaian luar biasa itu.Bukan itu saja, SMKAKL juga menduduki tempat pertama bagi pencapaian keseluruhan SMKA di seluruh negara serta mencatat sejarah tersendiri apabila seramai 36 pelajarnya mendapat semua A dalam mata pelajaran yang diambil.Di sebalik sejarah yang terlakar itu, terdapat satu sosok tubuh yang tidak pernah jemu dan sentiasa berusaha keras demi memastikan setiap pelajarnya mendapat pendidikan yang sewajarnya supaya mereka dapat berusaha sebaik mungkin dalam mencapai keputusan cemerlang.[caption id="attachment_21433" width="696"] Pengetua SMKAKL, Ustaz Azman Yusof.[/caption]Individu itu ialah Pengetua SMKAKL, Azman Yusof atau lebih mesra dipanggil Ustaz Azman dalam kalangan guru-guru dan pelajar sekolah berkenaan.Bakal bersara pada awal tahun depan, Ustaz Azman berkongsi beberapa rahsia dan resipi kejayaan sekolah beliau sehingga berjaya mendapat Anugerah Lonjakan Saujana agar menjadi rujukan serta memberi manfaat kepada lebih ramai pentabdir dan guru-guru di luar sana.Menurut Ustaz Azman, pelajar itu ibarat sebutir berlian, jika sentiasa digilap dan dicanai, ia akan menjadi berlian yang sangat bermutu tinggi dan berharga."Begitu juga pelajar-pelajar kita, mereka perlu sentiasa diasuh dan diasah bakat serta kemahiran yang dimiliki supaya sedar kebolehan diri sendiri sekali gus memberikan mereka semangat untuk terus memberikan komitmen tinggi dalam pelajaran masing-masing."Selain itu, pelajar ini juga perlu sentiasa diterapkan dengan aspek kerohanian yang kukuh supaya dalam setiap usaha mereka, ada kebergantungan kepada Allah yang Maha Kuasa," katanya kepada GPSBestari, baru-baru ini.Di sini, GPSBestari ringkaskan beberapa tip yang dikongsikan oleh Pengetua SMKAKL itu dalam membantu sekolahnya mencatat keputusan cemerlang SPM pada tahun ini hasil kerjasama semua warga sekolah untuk rujukan pendidik di luar sana.Tip pengurusan cemerlang SMKAKL1) Kenal pasti tahap akademik pelajar melalui ujian atau peperiksaan dalaman- Pihak sekolah terlebih dulu perlu mengadakan penilaian diagnostik terhadap pelajar kelas peperiksaan untuk mengenal pasti tahap akademik (kekuatan dan kelemahan) bagi mendapatkan data untuk menyusun program yang bersesuaian keperluan pelajar.2) Mengadakan perjumpaan secara individu dan berkumpulan dengan pelajar serta guru- Cara ini perlu kerana hanya guru yang mengenali tahap penguasaan pelajar mereka dan cara sesuai untuk membantu mengatasi kelemahan yang ada. Perjumpaan yang dikenali dengan nama Dialog Prestasi Pelajar itu dibahagikan kepada tiga kumpulan pelajar iaitu cemerlang, sederhana dan lemah. Namun begitu, nama yang digunakan untuk kumpulan itu ialah Cemerlang (lemah), Gemilang (sederhana) dan Terbilang (cemerlang) supaya pelajar tidak berasa rendah diri dengan pencapaian mereka.3) Kongsikan dengan pelajar mengenai prestasi pencapaian mereka- Melalui ujian dianogstik, jelaskan kenapa mereka gagal atau lulus, di mana kelemahan mereka yang patut dibantu. Guru juga diminta menyatakan kekuatan dan kelemahan pelajar yang perlu diperbaiki dan meletakkan markah yang sepatutnya serta boleh dicapai.4) Mengadakan perjumpaan pelajar dengan pengetua- Fokus kepada pelajar yang boleh mendapat semua A dan yang gagal sekurang-kurangnya C+. Menerusi cara berbincang sebegini, pelajar akan diberitahu mengenai berapa markah yang patut ditingkatkan sekali gus memberi motivasi dan pembakar semangat agar mereka sedar kemampuan sebenar diri masing-masing berbekalkan bimbingan daripada guru.5) Anjurkan pelbagai program pemantapan akademika. Kelas kecemerlanganb. Bengkel latih tubic. Seminar mata pelajarand. Prep berfokus untuk pelajar asrama mengikut mata pelajaran dan dipantau oleh guru bertugas.e. i-Read untuk memberi peluang kepada pelajar membaca tajuk-tajuk yang lemah penguasaan dan diuji dengan membuat pembentangan atau latihan yang disediakan guru.f. Guru muda yang memberi peluang kepada pelajar terpilih menjadi guru untuk rakan-rakan mereka yang dibahagikan mengikut kumpulan dengan bimbingan berterusan daripada guru bertugas.6) Jangan abaikan aspek pengisian rohani- Usaha membentuk kejayaan seseorang pelajar perlu diselarikan dengan aspek pengisian kerohanian agar setiap usaha yang dibuat selama ini mempunyai keberkatan dan mendapatkan keredaan daripada Allah.a. Solat wajib melambangkan ketaatan manakala solat sunat melambangan kecintaan. Pelajar diminta melakukan yang wajib dan sunat.b. Selepas solat Maghrib pelajar menunaikan solat sunat ba'diah, taubat dan hajat dan diminta solat sunat dhuha dan kesemua solat ini diamalkan sepanjang masa.c. Al-Quran dibaca 10 minit sebelum Subuh, bangun solat tahajud dan baca Surah Al-Waqiah, sebelum tidur malam baca sural Al-Mulk.Sejajar dengan keputusan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang memilih melaksanakan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) pada 2014, seramai 134 pelajar calon SPM SMKAKL 2020 berjaya hafaz 30 juzuk al-Quran.Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan bersama dan melahirkan generasi pelajar yang bukan saja berjaya di dunia tetapi juga di akhirat.