SMKTIS menggunakan kod QR bagi memupuk sahsiah diri pelajar

Iklan
ff620b1d-f476-42e9-9e2e-8a5fde398bb5
Sahsiah diri adalah keperibadian individu yang terbentuk melalui tingkah laku, akhlak dan sifat-sifat yang ditonjolkan oleh individu itu sendiri.Pembentukan sahsiah diri yang mantap sangat penting khususnya bagi para pelajar dalam proses menimba ilmu.Mungkin ramai yang terlepas pandang bahawa hari ini sahsiah diri kurang diterapkan dalam diri pelajar. Saban hari, masalah-masalah seperti pelajar melawan guru, pelajar tidak masuk kelas, pelajar tidak menyiapkan tugasan, pelajar bermain semasa guru mengajar adalah senario yang dianggap biasa pada hari ini.Mungkin para pelajar lupa bahawa guru adalah insan yang bertanggungjawab mendidik dan membentuk mereka menjadi insan yang berguna demi masa depan yang cerah.Pemupukan sahsiah diri yang mantap juga kunci kepada kejayaan para pelajar.Oleh itu, pelbagai pihak termasuk guru-guru perlu mengorak langkah lebih bijak dalam usaha membentuk sahsiah terpuji dalam diri para pelajar. Susulan itu, Cikgu Hayati menjelaskan dunia digital pada hari ini sangat membantu para guru dalam melaksanakan pelbagai kaedah yang berkesan kepada para pelajar.Sebagai contoh, pelaksanaan ganjaran melalui penggunaan kod QR adalah salah satu inisiatif yang terbaik bagi kelancaran proses Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR)."Kaedah ini bukan hanya dapat memupuk minat pelajar untuk belajar, namun penyediaan kod QR ini mampu menjadikan mereka seorang yang berdisiplin serta bersahsiah terpuji."Para pelajar merupakan bakal pemimpin kita pada masa depan, maka sudah menjadi tanggungjawab para guru untuk melatih dan mendidik mereka dari segi rohani, jasmani dan intelektual mereka ini menjadi pemimpin yang baik pada masa depan," tambah beliau.Analoginya, sahsiah diri adalah aspek utama yang perlu dilihat sebelum ilmu. Oleh itu, pembentukan sahsiah diri pelajar perlu diberi perhatian agar proses pembelajaran berjalan dengan lancar."Bagi memantapkan lagi sahsiah diri para pelajar, kami juga mempunyai modul pembestarian akhlak dalam membantu meningkatkan akhlak yang baik dalam diri pelajar-pelajar dan saya berharap dengan ganjaran yang disediakan ini hubungan guru dan murid-murid juga semakin rapat," tambahnya sebelum mengakhiri perkongsian.