Reethikesh, murid ‘non-Muslim’ belajar di Pasti

Iklan
Reethikesh sudah boleh membaca sejak mengikuti persekolahan di Pasti An-Najwa Sijangkang.

Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) antara institusi pendidikan awal kanak-kanak yang sentiasa menjadi pilihan ibu bapa dan penjaga di negara ini.

Jika ditanya mengapa anak-anak di hantar ke sini, satu sahaja jawapan diberi iaitu Pasti mempunyai keberkesanan kurikulum pendidikan awal yang lebih menekankan aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi berlandaskan Islam.

Iklan
Iklan

Setiap tahun, Pasti menerima permintaan kemasukan kanak-kanak yang tinggi malah majoritinya terdiri daripada murid Islam.

Terbaharu, Sinar Bestari tertarik dengan catatan di Facebook Pemuda PAS Selangor yang mana mereka berkongsi kisah kanak-kanak non muslim, Reethikesh Kumaran, 4, yang kini belajar di Pasti An-Najwa Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor.

Iklan

Reethikesh yang berbangsa India sudah boleh membaca dan katanya akan terus belajar di sini tahun ini sekali gus turut mengajak saudaranya untuk bersekolah di tempat sama.

Menerusi kisah adik Reethikesh, tentu ramai yang tertanya-tanya mengapa dia di hantar ke Pasti An-Najwa Sijangkang.

Iklan

"Ibu bapa kanak-kanak non muslim ini lebih memilih untuh hantar anaknya menimba ilmu di Pasti.

"Tidak dinafikan sekolah ini menyediakan yuran murah dan mampu milik serta berkualiti untuk semua rakyat Malaysia.

"Didikan di Pasti adalah yang terbaik. Alhamdulillah. Hebat didikan Pasti Malaysia," kata hantaran itu.

Sementara itu, Sinar Bestari memetik sebahagian komen warga maya di laman Facebook.

Rata-ratanya melahirkan rasa syukur kerana sekolah itu menjadi rebutan dan pilihan ibu bapa serta penjaga.

Hafez Sabri: Alhamdulillah tahniah Pasti. Saya dan isteri merupakan alumni Pasti. Sekarang empat anak saya juga alumni dan anak kelima insya-ALLAH akan belajar di sini juga. Satu keluarga kami adalah keluarga Pasti.

Anne Salih: Alhamdulillah. Terbaik Pasti. Anak yang hebat dari ibu bapa yang hebat. Tahniah boy, Reethikesh.

Siti Normah Hasan: Empat orang anak sebelum ini belajar di sekolah Pasti. Tiga daripadanya telah hafaz 30 juzuk al-Quran.

Munirah Ahmad: Pasti memang bagus. Guru-gurunya baik dan persekitaran selesa. Paling saya bangga apabila anak sudah mahir membaca dan sangat lancar.