Pelbagai usaha digerakkan menerusi beberapa program bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat khususnya pelajar untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara kaya dengan pembaca.
Memetik satu laporan media, usaha itu ternyata berbaloi apabila kadar membaca buku di Malaysia semakin meningkat apatah lagi melihat kepada jualan laris buku sepanjang tempoh pesta buku antarabangsa, baru-baru ini.
Namun, di sebalik peningkatan minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, ia sedikit sebanyak mencetuskan beberapa isu yang sebenarnya sudah lama bertapak iaitu bahan bacaan tidak ditapis serta kesannya kepada pelajar dan generasi pemimpin negara.
Justeru, Sinar Bestari berkongsi sedikit pendapat daripada pakar tentang kesan bahan bacaan tidak ditapis untuk dijadikan sebagai pengajaran dan panduan semua pihak.