Dalam dunia pendidikan semakin pantas dan sarat dengan kegilaan digitalisasi, kewujudan pelajar tahfiz hadir sebagai penenang yang mendamaikan.
Mereka bukan sekadar menghafaz ayat demi ayat al-Quran, tetapi melalui satu proses panjang yang membentuk disiplin diri, ketenangan emosi serta kekuatan jati diri.
Baru-baru ini, dua pelajar tahfiz muda mencuri perhatian apabila masing-masing berjaya mencapai Syahadah Ula, pengiktirafan tertinggi dalam bacaan hafazan 30 juzuk al-Quran.
Haryz Irfan Wan Azrizul Azad mencatat pencapaian membanggakan apabila menamatkan Syahadah Ula dengan markah keseluruhan 93.28 peratus, sekali gus membuktikan ketekunan luar biasa dalam perjalanan hafazan yang panjang dan mencabar.
Pencapaian itu disusuli Ahmad Fikri Abdul Hisyam, yang melakar rekod tersendiri apabila berjaya menamatkan Syahadah Ula dalam tempoh hanya 18 jam, satu kejayaan yang jarang disaksikan.
Ikuti kisah inspirasi yang bukan sekadar menyentuh jiwa tetapi membuka perspektif baharu tentang pendidikan holistik dan pembentukan jati diri generasi muda.
Jom kita!