Dua pelajar jalani latihan amali di KPM

Iklan
Fadhlina (tengah) bersama-sama dua pelajar IPG iaitu Muhammad Aminuddin (kiri) dan Jeremiah Lucas (kanan) yang menjalani latihan amali di KPM. Kredit foto: Facebook Fadhlina Sidek.

Dua pelajar dari Institut Pendidikan Guru (IPG) terpilih menjalani Program Latihan Amali IPG selama seminggu di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Mereka ialah Jeremiah Lucas Jugo anak David dari IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan dan Muhammad Aminuddin Hadiman, IPG Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor.

Iklan
Iklan

Program Latihan Amali IPG bertujuan mendedahkan pelajar kepada kepimpinan dan pengurusan kerja di peringkat Pengurusan Tertinggi KPM.

Kredit foto: Facebook Fadhlina Sidek.

Selain itu, platform tersebut dapat dijadikan pendedahan awal mereka kepada dunia pekerjaan yang sebenar sebagai pendidik kelak.

Iklan

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek gembira dan mengalu-alukan kedatangan pelajar dari dua IPG berbeza itu.

"Selamat datang saya ucapkan dan kutiplah mutiara ilmu dan pengalaman berharga sebanyaknya di sini untuk bekalan pembangunan kerjaya dan kehidupan pada masa hadapan.

Iklan

"Selamat maju jaya dan selamat bertugas," ujarnya seperti dipetik menerusi laman Facebooknya pada Isnin.

Kredit foto: Facebook Fadhlina Sidek.