SK Abdul Samat laksanakan Kem Jati Diri, pupuk nilai kepimpinan dalam diri murid

Iklan
Aktiviti pemasanagan khemah oleh semua murid yang terlibat.

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya yang bermaksud bagi membentuk sesuatu hendaklah bermula sebelum umurnya mencapai kematangan.

Oleh itu, para pelajar bermula dari sekolah rendah merupakan kumpulan sasaran utama dalam usaha untuk membentuk jati diri supaya menjadi insan yang berguna pada diri sendiri, keluarga, agama, masyarakat dan negara.

Iklan
Iklan

Bagi melaksanakan usaha tersebut, Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan (SK) Abdul Samat, Selangor dengan kerjasama Unit Pengurusan Kem Perah, FRIM Kepong telah berganding bahu bagi menjayakan Kem Jati Diri dan Kempimpinan Unit Beruniform.

Perkhemahan selama tiga hari dua malam itu, melibatkan empat unit beruniform iaitu Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Persatuan Puteri Islam dengan kekuatan anggota seramai 65 murid serta 10 guru pengiring.

Guru pengiring yang terlibat dalam Kem Jati Diri dan Kepimpinan Unit Beruniform SK Abdul Samat 2023/2024.

Iklan

Menurut Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Azrina Hadzman, pelbagai usaha telah dikerahkan sepanjang tiga hari perkhemahan berlangsung dengan pengisian aktiviti yang boleh memberi manfaat serta impak besar kepada semua murid.

"Pelbagai aktiviti telah disusun untuk menguji daya tahan murid yang terlibat dari segi fizikal dan mental.

Iklan

"Bermula dengan aktiviti pemasangan khemah, murid juga disaji dengan aktiviti ketahanan mental seperti sesi ‘Ice-breaking’, Ceramah Kepimpinan, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Tak Kenal Maka Tak Cinta, Treasure Hunt dan Talent Night. Di ikuti pula dengan beberapa aktiviti lasak seperti Hijau Bumi Tuhan, Forest Skywalk dan Obstacle Run.

Murid berkumpul sebelum aktiviti bermula.

"Tidak hanya itu, murid-murid ini turut berpeluang untuk beriadah santai dalam sesi mandi-manda di kawasan air terjun di Tapak Perkelahan Sungai Kroh serta sesi malam unggun api,” katanya.

Tambah Azrina, pengalaman murid dalam pendidikan luar bilik darjah ini secara tidak langsung dapat memupuk ilmu pengetahuan, keyakinan, keberanian, kepimpinan, sifat kerjasama, ketepatan masa, menghargai bumi ciptaan Tuhan serta menghargai segala usaha penyelidikan yang dijalankan oleh pihak FRIM sejak 1929 lagi.

Lebih bermakna dan teruja lagi apabila semua murid dan guru pengiring yang terlibat berjaya mendaki Forest Skywalk dan melihat keseluruhan kawasan sekitar dengan ketinggian 50 meter dari darat.

"Syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan Kem Sepah, FRIM Kepong khususnya pasukan ranger yang terlatih di bawah pimpinan Tuan Yazid Nyan serta semua guru pengiring diketuai oleh Cikgu Mohd Haiqal Abdullah Chik kerana berjaya melaksanakan Kem Jati Diri Unit Beruniform 2023/2024 kali ini.

"Moga pengisian aktiviti kali ini memberi manfaat dan impak besar kepada semua murid yang terlibat,” ujarnya.