Perkahwinan di antara Putera Brunei, Putera Abdul Mateen, 32, dengan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah, 29, menjadi tumpuan seluruh dunia ketika ini.
Manakan tidak, ia berlangsung selama 10 hari sekali gus diberi jolokan 'Wedding of The Year'.
Perkahwinan baginda yang juga antara kerabat diraja terkenal Asia, diadakan dalam masjid berkubah emas di ibu negara Bandar Seri Begawan, pada Khamis.
Pelbagai sisi menarik yang ada dalam diri Putera Mateen yang ramai tidak tahu, antaranya baginda merupakan graduan University of London.
Hari ini, Sinar Bestari kongsikan trivia Putera Mateen yang juga anak ke-10 Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
1) Berpengaruh dan berpendidikan
Putera Mateen dilahirkan pada 10 Ogos 1991, berzodiak Leo dan telah menerima pendidikan rendah di Sekolah Putera Puteri, Istana Darul Hana; Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan Sekolah Antarabangsa Jerudong. Kesemua sekolah ini terletak di Brunei Darussalam.
Seterusnya, baginda berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Sastera dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomasi dari School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London.
Putera Mateen turut menjalani latihan ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst dan menerima pangkat Leftenan.
2) Aktif dan lasak
Putera tampan ini aktif dalam pelbagai kegiatan melibatkan sukan dan aktiviti lasak, antaranya sukan polo, boxing, bola sepak, terjun udara, selam skuba dan sebagainya.
Baginda pernah mewakili Brunei dalam sukan polo dan telah dikurniakan pingat gangsa di Sukan Asia Tenggara ke-29. Selain itu, Putera Mateen turut bermain dengan pasukan bola sepak Brunei, AM Gunners.
Putera berbadan sasa ini juga boleh menerbangkan pesawat jet.
3) Pencinta haiwan
Antara yang menjadi kesayangannya adalah beberapa ekor anak harimau dan kucing.
4) Aktif media sosial
Putera Mateen cukup aktif di media sosial terutamanya laman Instagram yang mencecah hampir jutaan pengikut.
5) Family man
Dilihat sebagai seorang ‘family man’ kerana sering memuat naik gambar bersama ahli keluarga di media sosial.
6) Pandai bergaya
Baginda gemar berfesyen dan sering tampil kemas serta berkeyakinan terutama sekali apabila menyarung sut di badan. Menerusi gayanya, kelihatan baginda persis model antarabangsa.