BAP 2024: Murid terima RM150 bulan ini

Iklan
BAP 2024 berjumlah RM150 akan disalurkan kepada sekolah bermula bulan ini.

Masih ramai ibu bapa dan penjaga yang tertanya-tanya tarikh sebenar agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2024 kepada anak mereka yang berada di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini memaklumkan, BAP 2024 berjumlah RM150 akan disalurkan kepada sekolah bermula bulan ini.

Iklan
Iklan

"Bayaran insentif RM150 one-off (sekali bayar) berkenaan akan memberi manfaat kepada 5,254,200 orang murid di seluruh negara.

"Ia akan disalurkan kepada pihak sekolah sebelum diberikan secara tunai atau kredit ke akaun murid,” ujarnya.

Iklan

Sementara itu, tinjauan Sinar Bestari di laman sosial Facebook mendapati, BAP 2024 tersebut kini sedang diagihkan kepada murid-murid secara berperingkat.

Misalnya, Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim, Alor Setar, Kedah sudah mengagihkan bantuan khas tersebut pada 15 Januari.

Iklan

"Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir bagi menerima BAP 2024.

"Semoga sumbangan ini dapat membantu ibu bapa dan penjaga menyediakan keperluan dan kelengkapan persekolahan anak-anak dengan sebaiknya,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook.

Manakala SK Pekan Lahad Datu, Lahad Datu, Sabah pula, pemberian bantuan berkenaan telah diagihkan pada 16 Januari lalu.

Terdahulu, Belanjawan 2024 memperuntukkan RM788,130,000 khusus untuk BAP dan diberikan RM150 kepada setiap murid secara sekali bayar.

Ia merupakan inisiatif penting yang dilancarkan pada tahun 2012 bertujuan mengurangkan beban kos pendidikan anak-anak terutamanya pada pembukaan sesi persekolahan baharu.