Cikgu Mohd Fadli umum bersara pilihan, warga maya terkejut!

Iklan
Dengan keputusan ini, maka hilanglah sebutir permata yang cukup mahal nilainya.

"Saya memilih bersara awal bukan kerana kecewa dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Bahkan saya terlalu sayangkan KPM dan dunia pendidikan. Cuma adab Melayu, bila bertandang ke rumah orang, tidak molek kita membuat onar sesuka hati.

Iklan
Iklan

Saya tak mahu jadi tetamu yang biadab terhadap tuan rumah yang baik hati. Kerana kasih dan menghormati tuan rumah saya undur diri.

Saya akan terus berada dalam bidang pendidikan, cuma berbeza haluan. Suara saya akan sentiasa ada.

Iklan

Terima kasih buat seluruh warga KPM selama ini. Maafkan diri ini atas apa jua salah silap selama masa.”

Itulah coretan penuh makna guru disayangi ramai, Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh sempena hari persaraannya, pada Selasa.

Iklan

Cikgu Mohd Fadli yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak, Selangor, memilih untuk bersara awal atas pilihan sendiri.

"Setiap yang bermula pasti berakhir jua. Terima kasih semua atas memori indah sepanjang kita bersama. Kalian sentiada ada dalam setiap sujud dan doa. Izinkan daku mengundur diri,” tulisnya lagi di laman Facebook.

Berita persaraan guru Matematik itu ternyata mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.

Masing-masing bagaikan tidak percaya dengan apa yang terjadi. Ini kerana, Cikgu Mohd Fadli mempunyai pengikut tersendiri kerana beliau guru yang begitu lantang bersuara jika wujudnya kepincangan yang menyukarkan pembelajaran anak-anak murid di sekolah.

Selain itu, beliau juga terkenal sebagai aktivis masyarakat yang banyak menghulurkan bantuan kepada murid dan ibu bapa serta orang ramai yang dalam kesusahan.

Menjengah ke semua platform laman sosial seperti Facebook, Instagram, X dan Threads, nama Cikgu Mohd Fadli tular serta merta sekali gus mengiyakan anggapan penulis bahawa beliau sememangnya begitu dekat dengan masyarakat dan disayangi semua orang.

Sementara itu, Sinar Bestari memetik perkongsian salah seorang kakak Cikgu Mohd Fadli iaitu Cikgu Dr Salbiah Mohammad Salleh di platform Facebook.

"Bonda merupakan insan terawal yang dimaklumkan oleh adinda (Cikgu Mohd Salleh) tentang kelulusan persaraan awal beliau.

Beliau merupakan seorang anak yang tidak pernah membelakangkan ma & almarhum abah.

Setiap tindakan yang dilakukan semua dalam makluman ma & almarhum abah (dulu sewaktu almarhum masih ada).

Ramai yang PM saya bertanyakan kenapa keputusan ini dibuat.

Sebenarnya keputusan ini merupakan pilihan adinda sendiri tanpa ada tekanan dari mana-mana pihak.

Beliau bukan berhenti tetapi memilih untuk bersara lebih awal dari tugas secara rasmi sebagai guru.

Tapi perjuangan, aspirasi dan kecintaan kepada pendidikan akan terus diteruskan menggunakan pelbagai platform dan peluang yang lebih luas pada masa akan datang.

Kalau tanya pendapat saya

Betul ke tindakan beliau?

Saya akan jawab begini ye...

"Selagi bonda restu, semuanya akan baik-baik saja, insya-ALLAH.

Doakan beliau dan ahli keluarga kami dengan sebaik-baik doa.

Sekali cikgu selamanya cikgu

Akhir sekali, Sinar Bestari mengambil kesempatan mengucapkan selamat bersara kepada Cikgu Mohd Fadli.

Terima kasih kerana telah mewarnai hidup murid-murid dan mendidik mereka sehingga berjaya.

Jangan lupakan kami di sini. Semoga hidup cikgu sekeluarga sentiasa dikelilingi dengan kebahagiaan dan kasih sayang, insya-ALLAH.

Kami sayang cikgu!