Minggu akhir persekolahan menyaksikan pelbagai aktiviti dilakukan oleh murid-murid seperti merakam gambar atau video dan bertukar hadiah sebagai tanda kenang-kenangan.
Namun, terdapat juga kegiatan bertukar-tukar menulis atau menandatangani baju dan tudung sekolah rakan sebagai tanda kenangan.
Menurut perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh di laman Facebooknya, kegiatan itu kelihatan agak keterlaluan.
Mana tidaknya, kain putih tudung atau baju sekolah habis penuh dengan contengan dan tandatangan rakan-rakan.
"Hari terakhir murid Tahun Enam. Kadang tengok, keterlaluan pun ada. Ada orang okey sahaja sebagai kenangan terakhir katanya.
"Semua orang okey ke kalau anak pulang dengan tudung dan baju jadi begini? Bila tengok, ibu bapa semua jadi ‘rimau’ ke atau okey sahaja?” tulisnya dalam satu hantaran, pada Khamis.
Meninjau ke ruangan komen, Sinar Bestari mendapati rata-rata warga maya menyatakan pelbagai pendapat dan ada antara mereka bersetuju dengan tindakan ini sebagai alasan untuk dijadikan kenangan.
Antara komen yang sempat dipetik adalah:
"Makcik okey sahaja. Kenangan manis sewaktu sekolah tidak akan berulang lagi. Mak ayah tolong simpankan baju atau tudung elok-elok. Nanti dah tua tentu mereka sangat menghargai usaha mak ayah dan segala kenangan mereka.”
"Okey sahaja. Saya pun masih simpan baju sekolah yang penuh dengan tandatangan dan contengan daripada kawan-kawan.”
"Pada pendapat saya pula, tidak okey. Sekolah anak saya cikgu mereka sudah keluarkan arahan jangan bawa barang terlarang pada hari terakhir sekolah.”