Politeknik bukan untuk golongan kelas ketiga

Iklan
Zambry Abdul Kadir

Penuntut politeknik diminta melontar jauh stigma kononnya mengikuti pengajian di institusi pengajian itu dikategorikan sebagai golongan kelas ketiga.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, politeknik merupakan sebuah institusi pendidikan penting dalam negara ketika ini.

Iklan
Iklan

Justeru, beliau menegaskan graduan politeknik dan kolej komuniti tidak perlu berasa institut itu sebagai kurang ideal untuk menyambung pengajian.

"Kita acap kali mendengar bahawa mereka yang keluar daripada politeknik dan kolej komuniti adalah mereka bergolongan gred ketiga.

Iklan

"Salah sebenarnya tanggapan itu, saya antara orang yang menjadi ‘promoter’ atau penggalak yang sentiasa menggalakkan sistem pendidikan agar mempunyai kemahiran dan skil serta satu lagi dalam bidang universiti yang pandai belajar ke universiti,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Gemilang Pelajar POLYCC 2023 pada Khamis.

Menurut Zambry, mereka yang menuntut di politeknik dan kolej komuniti mempunyai kepandaian dan kebijaksanaan tersendiri serta mempunyai kemahiran yang tiada pada orang lain.

Iklan

Untuk itu tambahnya, kerajaan pada ketika ini memberi tumpuan terhadap bidang-bidang kemahiran tertentu seperti politeknik dan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Ia untuk memberi tumpuan penuh dan fokus agar bidang berkenaan tidak dipinggirkan dalam arus pendidikan negara.