Mak ayah, kawal penggunaan gajet anak anda!

Iklan
GAMBAR HIASAN

Teknologi seperti telefon pintar pada hari ini, dikatakan amat penting dalam kehidupan seharian bagi memudahkan pelbagai urusan termasuklah ketika berlakunya kecemasan.

Namun, penggunaan gajet secara berlebihan terutama dalam kalangan kanak-kanak boleh mendatangkan kemudaratan bukan sahaja tetapi kesihatan tetapi juga menyebabkan kemahiran sosial mereka semakin berkurang.

Iklan
Iklan

Justeru, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mengawal penggunaan gajet anak-anak lebih-lebih lagi ketika musim cuti sekolah memandangkan mereka mempunyai banyak masa terluang.

Akan tetapi, tidak mudah untuk mengawal tempoh penggunaan telefon pintar apatah lagi sesetengah ibu bapa masa kini rata-ratanya bekerja.

Iklan

Memetik perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh di Facebooknya, ibu bapa boleh memuat turun aplikasi ‘family link’ bagi membantu mengawal anak-anak daripada asyik menggunakan telefon pintar.

Melalui perkongsian itu juga, Cikgu Fadli menyatakan rasa setuju akan komen seorang ibu yang telah menggunakan aplikasi tersebut bagi mengawal penggunaan telefon anak-anak.

Iklan

"Saya kawal telefon anak-anak dan tetapkan ‘auto-lock’ 10 malam hingga 7 pagi atau kawal penggunaan setiap aplikasi yang dimuat turun mereka sama ada satu atau dua jam.

"Melalui aplikasi ini juga, boleh tahu lokasi anak-anak dan jika mereka ingin memuat turun sebarang aplikasi yang pelik-pelik perlu kebenaran daripada telefon saya dahulu,” katanya sepeti dipetik dalam satu komen.

Cikgu Fadli yang telah bersara pada awal Februari lalu turut menegaskan dalam perkongsian beliau untuk menggunakan teknologi dan kawal sebaliknya.