Tidak endah bergelumang lalat, demi menjadi usahawan bioteknologi

Iklan
Aisyah Maisarah amat meminati bidang keusahawanan dan memilih bioteknologi untuk memulakan perniagaannya.

Tidak gusar bergelumang lalat, semangat dan keyakinan mahasiswa tahun ketiga Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) ini menyimpan impian membangunkan produk perusahaan pertamanya yang berkemungkinan besar menggunakan bahan utama iaitu spesies lalat, Black Soldier Fly (BSF).

Menurut Aisyah Maisarah Abd Razak, BSF merupakan spesies yang menarik kerana pada fasa larvanya, serangga ini mampu memakan sehingga berkali ganda saiz badannya dalam masa yang singkat.

Iklan
Iklan

"Ini menjadikannya sumber protein yang sangat baik untuk haiwan ternakan seperti ayam, itik, ikan termasuk haiwan peliharaan contohnya haiwan eksotik.

"Selain itu, menariknya serangga tersebut akan memakan apa sahaja sisa organik termasuk sisa makanan.

Iklan

"Ini menjadikan salah satu usaha untuk menyelesaikan masalah pengurusan sisa makanan yang sering kita hadapi,” katanya.

Anak bongsu daripada tiga beradik ini turut memberitahu, berbeza dengan spesies lalat yang biasa dilihat menghurung sampah sarap dan membawa penyakit, BSF bukanlah vektor penyakit atau serangga perosak bahkan ia dikenali sebagai ejen pengurai sisa organik

Iklan

Ini membolehkan larva BSF digunakan sebagai pencerna sisa makanan selain dijadikan makanan haiwan ternakan yang selamat.

"Sisa buangan atau frass larva pula boleh digunakan sebagai baja tanaman.

"Sebagai seorang usahawan sosial, saya sangat teruja apabila menyedari idea ini boleh diadaptasikan secara besar-besaran di kampus universiti sebagai satu ekosistem ekonomi kitaran kerana UM mempunyai lebih 20 kafeteria dan juga ladang haiwan ternakan sendiri,” jelasnya lagi.

Penerima biasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman ini turut memaklumkan, minat dan cita-cita untuk menjadi seorang usahawan telah memberi kesan dalam bidang yang dipilihnya.

Jelasnya, jurusan bioteknologi berpotensi untuk diaplikasikan bagi menjadi usahawan dalam bidang Biologi berbanding cabang jurusan Sains lain sekali gus membangunkan produk sendiri berkonsep serangga BSF ini.

Tambahnya, minat untuk meneruskan perusahaan larva BSF ini telah dicetuskan oleh penyelidik di Institut Sains Biologi (ISB), Dr Norhidayah Mohd Taufek yang memfokuskan penyelidikannya dalam ekosistem BSF dan impaknya kepada alam sekitar.

"Buat masa ini, di bawah seliaan Dr Norhidayah, kami sedang mengusahakan untuk membina sebuah perusahaan sosial (social enterprise) BSF di Ladang Mini ISB yang terletak di UM.

"Selain proses membiak larva BSF untuk kegunaan makanan haiwan ternakan di ladang ini, kami juga bercita-cita untuk mempromosikan kit ternakan BSF kepada sekolah dan universiti lain sebagai usaha untuk menyokong SDG 12,” ujarnya.