Kecil-kecil cili api, atlet Sabah cipta nama di Australia

Iklan
Fira (kanan) mencipta sensasi apabila memenangi perlumbaan olahraga di Australia. — Facebook/Karim Batjo

Arena olahraga negara kembali meriah apabila atlet lari pecut berjaya mencipta sensasi di bumi kangaroo dengan mempamerkan persembahan cemerlang dalam sebuah kejohanan olahraga Atheltics West.

Nurelfira

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Puteh Tawau Sabah, Nurelfira Mohd Yusuf itu berjaya menewaskan pelari-pelari lain yang mempunyai bentuk fizikal lebih sasa daripadanya dalam acara 200 dan 110 meter lari berpagar yang berlangsung di WA Athletics Stadium Perth, Australia.

Iklan
Iklan

Menerusi rakaman tular di Facebook, larian Nurelfira berjaya meninggalkan peserta lain yang dikhabarkan merupakan atlet tuan rumah, selain turut mencipta larian sempurna tanpa menjatuhkan sebarang pagar sebelum melintasi garisan penamat pada catatan masa 29.94 saat.

Gadis cilik berusia 12 tahun itu turut mencatatkan rekod sempurna apabila memperoleh catatan masa 13.46 saat bagi acara 80 meter lari berpagar dan tidak menjatuhkan sebarang pagar ketika larian.

Iklan

Meninjau ke ruangan komen, Sinar Bestari mendapati kejayaan Nurelfira mendapat pujian ramai dan dianggap sebagai permata baru dalam sukan olahraga negara yang perlu digilap dan dijaga dengan baik.

Antara komen yang sempat dipetik adalah:

Iklan

"Tahniah dik mengharumkan nama Malaysia di puncak antarabangsa. Terbaik larian yang penuh berkeyakinan.”

"Alhamdulillah, hebat walaupun bertudung masih laju dan pantas.”

"Kecil-kecil cili api, tahniah Malaysia.”

"Tahniah di atas persembahan cemerlang, teruskan usaha.”