Pasukan MSSM raih 8 pingat emas di Australia!

Iklan
12 atlet MSSM berjaya raih pingat emas dan perak dalam WA State Track and Field Championships 2024.

Pasukan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) membanggakan negara di pentas antarabangsa apabila memenangi lapan pingat emas dan enam pingat perak dalam pertandingan antarabangsa WA State Track and Field Championships 2024 di Perth, Australia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, pencapaian membanggakan itu diwakili oleh 12 orang atlet yang merupakan murid terbaik daripada sekolah seluruh negara.

Iklan
Iklan

"KPM sentiasa komited dalam usaha untuk membangunkan potensi dan bakat murid dalam sukan.

"Ini dilaksanakan menerusi pertandingan di pelbagai peringkat serta program sukan berimpak tinggi di lima buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM), 15 buah Sekolah Sukan Negeri (SSN) dan 612 buah Pusat Latihan Daerah (PLD) di seluruh negara,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu, pertandingan antarabangsa yang berlangsung pada 22 hingga 25 Februari lalu menyaksikan pencapaian cemerlang pasukan negara yang maraih pingat emas menerusi beberapa acara.

Jom lihat nama pemenang!

Iklan

1) Muhammad Faheem Haziq Mohd Hasrul (3000 meter Jalan Kaki Lelaki Bawah 15 Tahun).

2) Muhammad Thaqif Ukasyah Mohd Rady (Lompat Tinggi Lelaki Bawah 14 Tahun).

3) Randy Ryann Samson (Lompat Kijang Lelaki Bawah 16 Tahun).

4) Amirul Syakir Mohd Hanafi (100 meter Lelaki Bawah 15 Tahun dan 200 meter Lelaki Bawah 15 Tahun).

5) Wan Muhammad Hariz Wan Mohd Hafiz (100 meter Lelaki Bawah 16 Tahun).

6) Mohammad Syahzwan Willian (Lontar Peluru Lelaki Bawah 15 Tahun).

7) Nurelfira Humaira Mohd Yusof (80 meter Lari Berpagar Perempuan Bawah 14 Tahun).

Manakala pingat perak negara berjaya diraih menerusi:

1) Nurelfira Umaira Mohd Yusuf (200 meter Lari Berpagar Perempuan Bawah 14 Tahun).

2) Mohammad Syahzwan Willian (Lempar Cakera Lelaki Bawah 15 Tahun).

3) Randy Ryann Samson (Lompat Jauh Lelaki Bawah 15 Tahun).

4) Muhammad Syukri Nazim Mydin (800 meter Lelaki Bawah 16 Tahun).

5) Nur Aina Aleefa Zukli (Lempar Cakera Perempuan Bawah 14 Tahun).

6) Muhammad Thaqif Ukasyah Mohd Rady (90 meter Lari Berpagar Lelaki Bawah 14 Tahun).