Bantuan kembali ke sekolah terus diperhebat buat rakyat - Anwar

Iklan
Anwar berkongsi mengenai bantuan kembali ke sekolah di Facebooknya pada Rabu.

Kerajaan akan meneruskan usaha bagi memperhebatkan program bantuan 'Kembali Ke Sekolah', kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menerusi satu hantaran di Facebook berkata demikian susulan program Kembali ke Sekolah yang diadakan di Parlimen Tambun baru-baru ini.

Iklan
Iklan

"Setiausaha Politik saya, saudara Kamil Munim telah menyampaikan sumbangan Kembali ke Sekolah Parlimen Tambun bagi pihak saya.

"Alhamdulillah, 1,500 penerima mendapat manfaat dari program ini yang diharap dapat membantu menampung keperluan membeli barangan persekolahan menjelang pembukaan sesi baharu sekolah tidak lama lagi.

Iklan

"Bantuan seperti ini akan terus diperhebat untuk rakyat keseluruhannya, Insya-ALLAH," katanya. - Bernama