Bonus RM2,000 buat ‘renovate’ kelas sambut pelajar baharu

Iklan
Cikgu Kamal mengambil masa seminggu bagi menghias dan mengubahsuai kelas untuk menyambut pelajar baru tidak lama lagi.

Kurang daripada seminggu sahaja sebelum persekolahan sesi akademik baharu bermula dan ia pastinya rata-rata guru bertungkus-lumus membuat persiapan menyambut pelajar tidak lama lagi.

Iklan
Iklan

Saat akhir cuti sekolah ini sudah semestinya digunakan dengan sebaiknya oleh para guru dalam melakukan persediaan seperti menghias dan mencantikkan kelas bagi menyambut kedatangan pelajar baharu. selain memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjalan dengan selesa.

Tertarik untuk berkongsi kisah keterujaan guru sebelum sesi persekolahan bermula, Sinar Bestari mendapati seorang cikgu muda telah pun selesai menyiapkan kelasnya menjadi sebuah tempat yang cantik dan selesa buat murid-murid menuntut ilmu.

Iklan

Keadaan kelas sebelum diubahsuai.

Iklan

Menerusi perkongsian Kamal Darwin di X, bonus RM2,000 yang diberikan oleh kerajaan kepada penjawat awam, digunakan sebaiknya dengan membuat pengubahsuaian kelas yang ‘simple’ tetapi sedap mata memandang bukan sahaja kepada anak didik tetapi juga buat dirinya.

"Bonus RM2,000 pergi mana? Meh sini nak bagitahu. Ambil masa seminggu untuk siapkan kelas ini.

"Dan ini bukan hasil kerja saya seorang tanpa bantuan ibu bapa, kakitangan pembersihan dan guru-guru senior yang turut sama menyumbang idea serta pentadbir sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),” tulisnya dalam satu hantaran.

Keadaan dan susun atur kelas selepas dihias dan diubahsuai agar lebih cantik serta selesa untuk murid dan cikgu.

Tambah Kamal lagi, tiada isitilah penat dalam menjadi seorang guru kerana tugasnya bukan hanya datang ke sekolah untuk mengajar tetapi juga bertanggungjawab menyediakan tempat yang selesa serta persekitaran yang ceria dan bersih kepada anak murid.

"Guru muda tidak kreatif? Tetapi lihatlah hasil kerja saya walaupun baru tiga bulan mengajar di sekolah ini.

"Insha-ALLAH jika diberikan tugas saya akan laksanakan dengan sebaik mungkin pada masa akan datang,” katanya.

Mengakhiri hantaran yang dimuat naiknya, dia sempat menjemput Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek sekiranya beliau berkesempatan untuk merasmikan kelas tersebut.

"Kalau jemput Yang Berhormat (YB) Fadhlina Sidek untuk datang rasmi, agak-agak boleh tak?” tambahnya.