10 aktiviti interaktif sempena minggu pertama persekolahan

Iklan
Antara aktiviti interaktif yang boleh dilaksanakan guru-guru adalah kuiz hal ehwal semasa, peta, carta pai percutian dan holiday game of bluff.

Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan tiada seisi pembelajaran pada minggu pertama persekolahan yang bermula 10 dan 11 Mac ini.

Kerana itu, KPM memperkenalkan enam konsep program untuk sekolah laksanakan menerusi Kit Pengoperasian Pembukaan Sekolah Sesi Akademik 2024/2025.

Iklan
Iklan

Difahamkan, enam konsep itu terdiri daripada mewujudkan suasana ceria, seronok, terancang dan dalam suasana santai; Nilai pendidikan dan informatif; Sebahagian aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP); Penglibatan murid, guru, ibu bapa, penjaga dan komuniti; Pupuk kerjasama dan komunikasi berkesan dan Melibatkan semua murid dari pelbagai kaum dan latar sosial ekonomi.

Selain konsep diketengahkan KPM, terdapat sebahagian guru turut berkongsi idea-idea aktiviti kolaboratif yang mungkin boleh dijadikan panduan kepada para guru.

Iklan

Cikgu Siti Ainulmursyida Shamsudin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Orkid Desa, Kuala Lumpur dalam blog ada berkongsi 10 idea aktiviti yang boleh dilaksanakan di dalam kelas sempena sesi persekolahan bagi Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 (pada minggu pertama).

10 idea aktiviti itu terdiri daripada:

Iklan

1) DIY Name Tag

Perkara pertama yang boleh guru lakukan bersama murid-murid di hari pertama sekolah adalah, minta mereka cipta dan menghias name tag sendiri.

Aktiviti ini secara tak langsung dapat mengenal pasti bakat yang ada.

2) Peta kelas dan sekolah

Aktiviti ini sangat sesuai untuk murid baharu. Malah murid lama juga dapat bersama-sama melaksanakan bersama murid baharu. Minta murid untuk eksplore sendiri kawàsan sekolah dan minta mereka lukis dan labelkan peta sekolah.

3) Temu duga kerja untuk guru

Beritahu murid anda bahawa mereka akan menemu bual anda untuk jawatan guru mereka.

Beri mereka beberapa contoh soalan yang mungkin boleh diajukan dan kemudian tinggalkan bilik selama lima hingga 10 minit supaya murid-murid dapat berbincang bagaimana melaksanakan temu duga terhadap anda (guru).

Masuk ke bilik yang disediakan untuk ditemu duga dan jawab soalan sejujur mungkin. Ini adalah cara yang baik untuk murid mengenali dan memahami cara pengajaran guru mereka.

4) Buat kontrak / perjanjian / peraturan kelas

Minta murid berbincang dan mengenal pasti tingkah laku yang sepatutnya ditonjolkan serta peraturan yang sepatutnya dipatuhi semasa sesi PdP

Kemudian minta persetujuan murid dengan peraturan kelas yang mereka senaraikan yang sepatutnya dipatuhi untuk sesi persekolahan baharu.

Cuba elakkan terlibat dalam menetapkan peraturan kerana murid lebih cenderung mematuhi peraturan jika mereka merasakan pemilikan terhadap peraturan yang mereka sendiri tetapkan.

Minta murid-murid menulis kontrak kelas dan minta setiap ahli kelas menandatangani kontrak itu.

Letakkan kontrak di tempat yang boleh dilihat supaya anda boleh merujuknya pada bila-bila masa terutama ketika ada murid melanggar peraturan kelas.

5) Permainan BINGO 'Find someone who...' (edisi cuti sekolah)

Permainan klasik sebagai ice breaking. Cikgu boleh menyediakan lembaran kerja yang memerlukan murid mencari dan menulis nama masing-masing dalam senarai yang tertera dalam lembaran kerja.

Dalam edisi cuti sekolah ini, soalan seperti, Find someone who watched a good film in the cinema this holiday, Find someone who got injured during the holidays, Find someone who read a whole book this holiday, Find someone who did something they hadn’t tried before during the holiday dan Find someone who picked up a new skill, soalan-soalan ini boleh juga dituliskan dalam Bahasa Melayu.

Pada akhir aktiviti, guru boleh menemuramah murid dan bertanya kepada mereka mengenai filem yang mereka tonton, buku yang mereka baca dan sebagainya.

6) Percutian ideal saya

Anda tak perlu mempunyai pengalaman percutian yang hebat dan eksotik untuk bercerita tentang percutian ideal anda.

Minta murid bertanyakan antara satu sama lain tentang percutian ideal mereka.

Jika anda lebih suka soalan yang berstruktur daripada aktiviti ini, buat edaran atau lembaran kerja menyenaraikan yang boleh digunakan murid anda untuk berbual mengenai percutian ideal mereka. Contoh soalan yang boleh diajukan: