KPT salur RM8.6 juta naik taraf kemudahan IPT di Sarawak

Iklan
KPT mengadakan Program Semarak Kampus Madani menerusi jelajah beserta pengisian dan program berimpak tinggi dengan penglibatan IPT awam dan swasta serta komuniti.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM8.6 juta untuk kerja menaik taraf kemudahan di institusi pendidikan tinggi (IPT) di Sarawak.

Iklan
Iklan

Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, Universiti Malaysai Sarawak (UNIMAS) menerima peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM4.8 juta diikuti Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Sarawak kampus Samarahan dengan RM2 juta.

"Buat julung kalinya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah menerima peruntukan penyelenggaraanh kemudahan usang melibatkan tiga politeknik dan enam kolej komuniti dengan peruntukan tambahan keseluruhan sebanyak RM1.88 juta.

Iklan

"Tidak ketinggalan juga kerja menaik taraf bagi penyediaan kemudahann buat warga Orang Kelainan Upaya (OKU).

"Peruntukan tambahan ini sebagai usaha mendukung aspirasi kerajaan Madani bagi menyediakan kemudahan dan ekosistem pendidikan yang kondusif serta berkualiti untuk melahirkan bakat-bakat terbaik negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Tambahnya, program itu turut melibatkan sesi libat urus bersama pihak IPT swasta bagi tujuan memperkukuhkan lagi sistem pendidikan tinggi negara.

"Pelbagai produk inovasi, pencapaian warga turut ditonjolkan sepanjang program berlangsung yang memperlihatkan ekosistem pendidikan tinggi berada pada landasan yang tepat serta menerapkan elemen keusahawanan dan memberdaya komuniti setempat,” ujarnya.

Sementara itu, Program Semarak Kampus Madani akan meneruskan jelajah ke 15 zon lain dengan pengisian dan program berimpak tinggi menerusi penglibatan IPT awam dan swasta serta komuniti bagi memberi kesan signifikan terutama aspek pembangunan, infrastruktur serta pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah sesi libat urus bersama warga IPT, ‘Bicara Santai DocZam, ‘Bedah Buku Bersama DocZam, program rewang penyediaan juadah dan aktiviti riadah.