6,000 guru baharu ditempatkan April depan

Iklan
Azman (tengah) ketika menghadiri program di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC), baru-baru ini.

April depan, seramai 6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bagi mengatasi masalah kekurangan cikgu sedia ada.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, penempatan guru-guru baharu ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa termasuk penempatan guru baharu di Sarawak.

Iklan
Iklan

Demikian kata Azman selepas Majlis Pelancaran Gerakan Massa: #terimakasihcikgu 2024 di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) di Kuching, Sarawak.

Terdahulu, Sinar Bestari pernah menyiarkan artikel tentang penempatan guru baharu di Sarawak setakat Disember 2023.

Iklan

Dalam artikel itu, seramai 1,108 guru baharu yang terdiri daripada siswazah universiti awam dan swasta telah mengajar di negeri tersebut.

Daripada jumlah tersebut, seramai 422 guru di sekolah rendah, manakala 686 guru di sekolah menengah berkuat kuasa 28 Disember 2023.

Iklan