Murid padat, salah siapa?

Iklan
Kepadatan murid Tahun Satu di sebuah sekolah mengundang kebimbangan ibu bapa dan penjaga. Kredit foto: @nuridamocha

Tular satu video di media sosial memaparkan situasi kepadatan murid-murid Tahun Satu di sebuah sekolah rendah di Cyberjaya.

Difahamkan, jumlah keseluruhan kelas yang dibuka kepada murid sekolah itu adalah 13 kelas.

Iklan
Iklan

Ini bermakna, sebuah kelas bakal memuatkan 50 orang murid bagi sesi akademik 2024/2025. Memang padat sangat-sangat!

Memetik perkongsian Sepang Viral di akaun Facebook, pada Selasa pula, beberapa buah sekolah di Sepang telah disenaraikan mereka sebagai sekolah yang cukup padat dengan murid Tahun Satu.

Iklan

Sekolah-sekolah itu terdiri dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Warisan (sembilan kelas), SK Cyber (13 kelas), SK Dengkil (lapan kelas) dan SK Lanjut (lima kelas).

Bagi setiap kelas tersebut, jumlah murid Tahun Satu yang mengikuti pembelajaran tahun ini sekitar 40 hingga 47 orang.

Iklan

Malah, Sepang Viral turut memaklumkan, beberapa buah sekolah menengah di Sepang juga mempunyai masalah yang sama iaitu kepadatan pelajar dalam sesebuah kelas hingga mencecah 55 ke 57 pelajar satu kelas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengeluh dan sedih dengan keadaan dilalui pelajar sekarang.

"Sepatutnya sekolah-sekolah baru telah dibina seiring dengan kemasukan jumlah penduduk yang dah semakin bertambah ramai dari sehari ke sehari. Kota warisan perlukan sekolah menengah yang baru. Labu Lanjut dan Jenderam Hilir perlukan sekolah kebangsaan lebih besar dan jika boleh perlukan juga sekolah menengah baru.”

"KPM sila amik cakna berkenaan isu ni. Area Salak, Kota Warisan, Sepang...kekurangan sekolah kebangsaan.”

"Saya dah lama hantar anak ke sekolah persendirian disebabkan enggan memikirkan masalah kepadatan murid."

"Satu kelas 40 lebih murid, anak-anak tak dapat belajar dengan sempurna.”

"Saya sebagai bakal parent yang duduk di Cyberjaya ni pun dah mula risau. Harap-harap akan ada tindakan dari pihak berwajib.”

"PPD, JPN kena main peranan. Kena tahu kapasiti setiap sekolah. Kalau melimpah ruah, kena ke sekolah lain.”

"Kesian cikgu-cikgu. Macam manalah mereka nak kawal dengan murid yang ramai dalam satu kelas.”

"Tolonglah KPM, kawasan Sepang terutama Salak Tinggi dan Kota Warisan dah sangat kritikal berkaitan sekolah kebangsaan dan sekolah menengah.”

"Padatnya, kesian budak-budak.”