Murid padat: PPKI SMK Kota Masai laksana operasi dua sesi

Iklan

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) diwujudkan sebagai pusat pembelajaran murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) untuk belajar dan membina keupayaan diri agar boleh berdikari di samping menyediakan intervensi serta keperluan pendidikan mereka.

Dalam tempoh lima tahun terkini telah mencatatkan kadar pemintaan tinggi ibu bapa yang menginginkan untuk menghantar anak-anak ke kelas PPKI.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, tahun 2024 menyaksikan peningkatan sebanyak 23 peratus murid mendaftar di kawasan Pasir Gudang, Johor berbanding tahun sebelumnya.

Menurut guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai, Johor, Jamilah Ali, banyak permintaan ibu bapa di sekitar Pasir Gudang untuk menghantar anak mereka yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) belajar dalam kelas PPKI.

Iklan

Permintaan yang tinggi ini adalah satu berita baik demi masa depan pendidikan anak-anak OKU, namun keselesaan dan keselamatan perlu diperhatikan agar sesuai dengan keperluan MBPK yang sentiasa memerlukan ruang bebas untuk bereksplorasi serta tidak terlalu padat sehingga boleh menggangu emosi mereka.

"Apabila melihat kepada permintaan ibu bapa ini, pastinya kelas sedia ada tidak dapat menampung penerimaan MBPK baru.

Iklan

"Peningkatan setiap tahun membuatkan kami warga pendidik bimbang akan kelas yang terlampau padat sehingga mampu menghalang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) mereka.

"Perbincangan dan penilaian spesifik telah dibuat bersama pelbagai pihak yang bertanggungjawab adalah satu permulaan apabila SMK Kota Masai dipilih sebagai sekolah rintis yang beroperasi menggunakan model dua sesi bermula tahun 2023,” katanya.

Sementara itu, Unit Pendidikan Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang, Dr Mohd Asnorhisham Adam menjelaskan, pemilihan PPKI sekolah tersebut sebagai sekolah rintis dengan pengoperasian dua sesi telah menjadikan sebagai rujukan bagi melihat keberhasilan proses pembelajaran dua sesi ini.

Langkah ini dilihat sebagai usaha terbaik bagi memberi ruang kepada MBPK untuk belajar dengan selesa sekali gus mewujudkan suasana PdP yang kondusif serta menyokong aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman dan sejahtera.

"Pengoperasi model dua sesi ini juga adalah salah satu dari intervensi untuk mengatasi permasalahan kepadatan kelas dan dapat memberi fokus yang lebih kepada keselesaan suasana pembelajaran yang kondusif bagi MBPK.

"Dengan ini juga menjadikan PPKI SMK Kota Masai antara yang terawal mengoperasikan model dua sesi di seluruh Malaysia,” ujarnya.

Setakat ini, terdapat 14 buah kelas yang menempatkan seramai 108 MBPK menjadikan SMK Kota Masai sentiasa menerajui kebitaraan pendidikan dengan memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk menerima akses pendidikan yang baik, relevan dan sesuai dengan keupayaan mereka.

Warga pendidik juga akan sentiasa komited merealisasikan aspirasi kementerian dalam memperkembangkan bakat dan potensi MBPK bagi menghasilkan modal insan yang cemerlang ke arah meningkatkan kualiti hidup mereka serta membawa manfaat dalam komuniti.