Bapa Rukun Negara meninggal dunia

Iklan
Agoes menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Puteri, hari ini.

Pakar Ekonomi dan Ketua Setiausaha pertama Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Dr Agoes Salim, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Puteri, hari ini.

Menurut Sinar Daily, Allahyarham yang akan mencecah usia 90 tahun bulan depan, meninggal dunia akibat sakit tua.

Iklan
Iklan

Anak lelakinya, Omar Salim berkata, solat jenazah diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Jamilul Huda di Ampang dan jenazah dibawa ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk dikebumikan.

"Allahyarham merupakan bapa kepada Rukun Negara. Beliau banyak menyumbang kepada negara semasa era Tun Abdul Razak Hussein (Perdana Menteri Malaysia kedua)," kata Omar.

Iklan

Agoes terkenal kerana sumbangannya dalam penggubalan doktrin utama negara seperti Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Beliau telah menjadi tokoh penting dalam perjalanan pembangunan Malaysia.

Iklan

Untuk pengetahuan ramai, Agoes merupakan antara insan penting di sebalik setiap baris ayat yang tersusun dalam Rukun Negara.

INFO

Rukun Negara

1) Kepercayaan Kepada Tuhan

2) Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

3) Keluhuran Perlembagaan

4) Kedaulatan Undang-Undang

5) Kesopanan Dan Kesusilaan