Sejak akhir-akhir ini, kita sering disajikan dengan isu buli melibatkan pelajar sekolah terutama yang tinggal di asrama.
Tidak cukup dengan berita kematian pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Sabah akibat dipukul dan dibelasah oleh rakan-rakan pada Mac lalu, timbul pula isu seakan sama dilaporkan di sebuah sekolah menengah daerah Sandakan.
Difahamkan, dua pelajar Tingkatan Satu sekolah menengah itu menjadi mangsa buli sehingga mendapat ancaman bunuh oleh dua pelajar yang merupakan adik-beradik.
Memetik portal tempatan, kedua-dua mangsa tinggal di asrama sekolah dan pembuli merupakan pelajar Tingkatan Dua dan Lima yang bertindak mengancam bunuh dengan mengajukan besi katil yang telah patah serta penyodok sampah sekiranya tidak mengikut kehendak mereka.
Mangsa yang dikenali sebagai Umair dan Yasin hanya mampu berdiam diri dan menangis ketakutan kerana bimbang dicederakan jika berani membuka mulut.
Menurut Umair dan Yasin, perbuatan buli itu tercetus apabila mereka membuat laporan kepada warden asrama atas tindakan dua beradik tersebut yang didapati keluar dari kawasan sekolah melalui lubang longkang di belakang asrama tanpa pengetahuan pihak sekolah.
"Perbuatan mereka memang salah jadi kami laporkan kepada warden tetapi kami pula yang menjadi mangsa.
"Mereka berdua masuk bilik kami dan ancam dengan besi yang sudah patah. Tak cukup itu, mereka guna penyodok sampah sambil mengugut mahu membunuh kami kalau kami macam-macam (bertindak melampau),” kata Yasin.
Mangsa mengalami trauma sehingga tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menghubungi ibu bapa masing-masing dan mereka juga tidak berani turun bersahur di dewan makan kerana bimbang terserempak dengan dua beradik tersebut.
Dalam pada itu, menurut salah seorang warden asrama perempuan ketika menyoal siasat mangsa, dua beradik tersebut kini berada dalam pemerhatian pihak sekolah kerana masalah disiplin.
Malah, pihak sekolah juga sedang melakukan siasatan dalaman berhubung kes itu.