Tarikh pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 masih lagi samar.
Ini kerana, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) belum mengeluarkan tarikh rasmi, namun ramai menjangka ia akan diumumkan sekitar Mac atau April 2026.
Apa pun tarikh pengumuman, semoga semua calon diberikan keputusan yang cemerlang dan membanggakan.
Kami di Sinar Bestari yakin, bila tiba musim keputusan SPM, pasti ramai mengenang kembali kisah pelajar kita yang pernah mencatat keputusan lmengagumkan.
Ada yang mencatat 21A seperti Dr Azali Azlan, ada pula 20A seperti Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, serta ramai lagi sekali gus menjadi buah mulut seluruh negara kerana kecemerlangan mereka.
Bagaimanapun, sejak tahun 2010, kita tidak lagi melihat pelajar mencatat keputusan terlalu tinggi dalam SPM.
Ini kerana KPM menetapkan had maksimum 10 mata pelajaran, dengan kelonggaran dua mata pelajaran elektif untuk subjek tertentu (maksimum 12).
Dasar ini bertujuan mengelakkan bebanan berlebihan kepada pelajar dan memastikan fokus serta kualiti pembelajaran tetap terjaga
Walaupun dasar ini telah mengubah landskap peperiksaan, kisah kejayaan pelajar terdahulu tetap menjadi sumber inspirasi.
Di mana pun mereka berada sekarang, pencapaian dan sumbangan mereka tetap meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat dan generasi muda.
Justeru, kami kongsikan nama-nama pelajar cemerlang yang pernah menggemparkan negara dengan keputusan menakjubkan:
1) 2002: Yap Sui Lin - 15A (14A1, 1A2)
2) 2003: Allahyarham Dr Ahmad Atiq Abdul Hamid - 15A (14A1, 1A2)
3) 2004: Dr Nur Amalina Che Bakri - 17A1
4) 2005: Chong Huey Ee - 16A (15A1, 1A2)
5) 2006: Dr Siti Fatimah Mukhtar - 18A (17A1, 1A2)
6) 2007: Dr Azali Azlan - 21A, (20A1, 1A2)
7) 2008: Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal - 20A (19A1, 1A2)
8) 2009: Grace Kiew Sze - 15A+
9) 2010: Muhamad Putera Farid Iskandar - 10A+