Pelajar KV Keningau terima geran Amal Fund RM500

Iklan
Projek Wonder Zone yang dihasilkan pelajar KV Keningau adalah koleksi aktiviti untuk kanak-kanak prasekolah memperkukuhkan asas literasi dan pengetahuan am.

Kumpulan pelajar yang mengikuti program Pendidikan Awal Kanak-kanak di Kolej Vokasional (KV) Keningau, Sabah dipilih penerima geran Amal Fund, sekali gus mendapat dana berjumlah RM500 menerusi projek Wonder Zone.

Pasukan yang disertai lima pelajar iaitu Jyfreena Ryzza, Dg Salma Atika, Musfirah Nasyitah, Nur Aishya Sibi dan Jeorgiena Dyvette bercadang menggunakan geran RM500 itu untuk meneruskan Wonder Zone di taska yang lain.

Iklan
Iklan

Wonder Zone merupakan koleksi aktiviti untuk kanak-kanak prasekolah memperkukuhkan asas literasi dan pengetahuan am.

Mereka (pelajar KV Keningau) telah menghasilkan beberapa alat bantu mengajar untuk projek tersebut yang telah dilaksanakan di Taska Sinar Anak Permata, Keningau, 12 Mac lalu.

Iklan

Terdahulu, Amal Fund merupakan peluang permohonan geran yang dilancarkan Nurul Amalina Che Ariffin, seorang rakyat Malaysia yang kini bekerja di Hawaii, Amerika Syarikat.

Beliau melancarkan dana itu awal tahun 2024, khusus untuk pelajar sekolah melaksanakan khidmat komuniti kepada masyarakat setempat.

Iklan

Sementara itu, Pengarah KV Keningau, Nordin Akup mengucapkan tahniah kepada pasukan tersebut kerana menjadikan projek Wonder Zone sebagai realiti.

"Pencapaian sebegini membuktikan keupayaan pelajar mencetus perubahan positif dalam kalangan komuniti," katanya.