Berbaki beberapa hari lagi umat Islam akan meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Sudah tentu ketika ini masing-masing sibuk menyiapkan persiapan raya untuk pulang ke kampung halaman.
Bagaimanapun, sebelum balik ke destinasi pilihan untuk bercuti raya, guru dan pelajar serta orang ramai dinasihatkan menitikberatkan faktor keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini dari berlaku.
Jom semak 10 tip keselamatan di bawah ini sebelum anda bertolak ke kampung sendiri.
1) Pintu dan tingkap dikunci
Pastikan pintu utama dan pintu belakang rumah anda dikunci dengan menggunakan sistem berkunci yang berkualiti.
2) Beritahu jiran dan beri nombor telefon untuk dihubungi jika berlaku kecemasan
3) Padlock dipasang di tempat yang mudah dipecah masuk
4) Jangan tinggalkan wang tunai dan barang berharga di dalam rumah
5) Pasang autotimer lampu ( sekiranya perlu )
6) Jangan sembunyikan kunci pendua rumah dalam pasu, bawah alas kaki atau dalam rak kasut di luar rumah
7) Maklumkan ketiadaan anda kepada anggota bertugas di bilik gerakan polis
8) Alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik.
9) Hentikan langganan surat khabar
10) Pastikan rumah bersih dan selamat agar tidak dijadikan tempat persembunyian penjenayah