5 tip penting buat guru baharu COS

Iklan
Sebahagian guru-guru baharu COS yang ditempatkan di Johor.

Pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai penempatan guru baharu Lantikan Secara Kontrak (COS) di sekolah seluruh negara, Isnin lalu, adalah satu khabar gembira kepada seluruh warga pendidik.

Ia kerana, pelantikan seramai 6,034 guru baharu COS itu setidak-tidaknya mengurangkan beban tugas guru sedia ada di sekolah masing-masing.

Iklan
Iklan

Seorang pengguna Facebook dikenali Haslinda Hassan melahirkan rasa teruja dan syukurnya dengan berita baik dari KPM itu.

"Tahniah kepada semua guru-guru COS yang baru ditempatkan di seluruh negara minggu ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,047 orang telah ditempatkan di Johor.

Iklan

"Sehubungan itu, saya ingin kongsikan koleksi tip kepada guru baharu supaya perjalanan kerjaya anda berwarna-warni dan bersemangat sepanjang berkhidmat,” catat beliau, pada Selasa.

Haslinda

Ikuti lima tip dinyatakan Haslinda yang kini berkhidmat di Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Iklan

1) Perhatikan guru-guru senior yang cekap bekerja dan seronok mengajar. Jadikan mereka mentor anda. Banyak luangkan masa dengan mentor daripada rakan sebaya.

2) Jangan tunggu lama-lama. Setiap pengalaman dalam bilik darjah ialah pelajaran untuk guru lain juga. Kongsikan amalan baik pengajaran dalam media sosial anda. Bina jenama diri seawal mungkin, ia membantu untuk mohon Guru Cemerlang nanti. Begitu pun, sila patuhi Garis Panduan Etika dan Nilai Penggunaan Media Sosial.

3) Ikuti media sosial KPM, JPN dan PPD masing-masing. Jadi guru yang celik dengan perkembangan terkini pendidikan negara. Jadi guru yang paling awal tahu tentang peluang mengembangkan potensi diri dan murid-murid anda melalui pelbagai kursus dan pertandingan yang dianjurkan.

4) Segerakan sambung belajar. Ambil Sarjana Pendidikan. Kalau di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kursus Teknologi Pendidikan ada mode online sepenuhnya (boleh tanya dengan Dr Noor Dayana Abd Halim). Rutin yang sibuk akan melatih kecekapan multi-tasking (skil terpenting sebagai guru) dan membantu anda matang cepat dalam dunia pendidikan. Bila sudah ada sarjana (master), makin luas ruang anda berkarya dalam kerjaya ini.

5) Luaskan jaringan di luar sekolah sendiri. Elak terperangkap dalam gelembung yang sempit. Fokuskan tenaga untuk membangunkan diri. Benda ini dapat dicapai automatik apabila anda lakukan nombor 2,3 dan 4. Network is networth. You will thank me later.

Akhir sekali, semoga semua guru COS berjaya mendapat lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan cemerlang dalam kerjaya.