Walaupun profesion perguruan terkenal dengan pelbagai cabaran, namun ia tetap tidak mematahkan semangat anak-anak muda untuk bergelar seorang pendidik.
Sebagai contoh, penempatan seramai 6,034 guru baharu Lantikan Secara Kontrak (COS) di sekolah seluruh negara, Isnin lalu, sudah cukup menggambarkan kerjaya tersebut menjadi pilihan sesiapa sahaja.
Apabila ramai berkecimpung sebagai guru, mungkin sesetengah individu tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk memohon sebagai cikgu.
Sebagai membantu kalian, Sinar Bestari senaraikan sembilan laluan mudah menjadi guru seperti dikongsi pengguna Facebook, Mohd Zakry Abd Rahim.
Jom baca!
1) Laluan satu
Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 5A, mohon ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) kemudiannya menjadi guru Sekolah Kebangsaan (SK).
2) Laluan kedua
Memiliki minimun SPM 5A, Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.5 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), mohon ke IPGM di bawah PISMP yang kemudiannya menjadi guru SK.
3) Laluan ketiga
Memiliki minimun SPM 5A, Jayyid Jiddan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), mohon ke IPGM di bawah PISMP, kemudian menjadi guru SK.
4) Laluan keempat
Memiliki minimun SPM 5A, matrik PNGK 3.5, mohon ke IPGM di bawah PISMP kemudiannya menjadi guru SK.
5) Laluan kelima
Memiliki minimun SPM 5A, matrikulasi, mohon ke universiti yang menawarkan program khusus dalam bidang pendidikan sekali gus menjadi guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
6) Laluan keenam
Memiliki minimun SPM 5A, STPM, mohon ke universiti yang menawarkan program khusus dalam bidang pendidikan sekali gus menjadi guru SMK.
7) Laluan ketujuh
Memiliki minimun SPM 5A, diploma, mohon ke universiti yang menawarkan program khusus dalam bidang pendidikan sekali gus menjadi guru SMK.
8) Laluan kelapan
Ijazah (bukan pendidikan), mohon Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) dan menjadi guru SMK.
9) Laluan kesembilan
Ijazah (Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Setara), mohon program Jawi, al-Quran, Arab, Fardu Ain (J-QAF) sekali gus berkhidmat sebagai guru J-QAF SK.