7 tip mahir bahasa Arab

Iklan
Tetapkan niat mempelajari bahasa Arab kerana ALLAH.

Boleh atau tidak seorang pelajar menguasai bahasa Arab dengan mudah? Jika boleh, bagaimanakah caranya?

Inilah persoalan yang sering berlegar-legar dalam kalangan pelajar dan orang ramai ketika usaha mereka mempelajari bahasa Arab.

Iklan
Iklan

Sebenarnya, memang seronok jika seseorang itu dapat menguasai bahasa Arab walaupun hanya mempelajari asasnya sahaja.

Ia diakui sendiri oleh wakil dari Pusat Pengajian Bahasa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Nurulisyazila Othaman yang turut berkongsi tujuh tip penting yang boleh digunakan mereka dalam menguasai bahasa tersebut.

Iklan

Tip-tip tersebut adalah

1) Niat

Iklan

Tetapkan niat mempelajari bahasa Arab kerana ALLAH. Ini kerana menuntut ilmu itu adalah salah satu perkara yang baik. Tanpa niat yang jelas, kita mungkin sukar untuk capai apa yang dimahukan.

2) Luang masa 10 minit sehari ulang kaji

Bila kita baru mula belajar bahasa Arab, formula 10 minit daripada 24 jam sangat penting. Jangan pernah tinggalkan langkah ini. 10 minit tersebut fokus kepada satu aktiviti sahaja.

Sebagai contoh, jika hari ini anda memilih aktiviti menulis ayat mudah bahasa Arab, maka esok kita lakukan aktiviti lain contohnya membaca teks atau menghafal kosa kata bahasa Arab.

3) Lima hingga 10 perkataan sehari

Kita mula dengan mengingati paling sedikit lima perkataan bahasa Arab sehari.

Bak kata pepatah sedikit sedikit, lama lama, menjadi bukit. Cuba bayangkan anda mula dengan kosong, jika ingat lima perkataan bahasa Arab satu hari, sebulan dapat ingat 150 perkataan. Cukup untuk kita ke peringkat seterusnya.

Untuk lebih mudah, hafal perkataan mengikut tema atau jenis perkataan. Contoh seperti kata nama, kata kerja dan kata sendi. Gunakan nyanyian untuk lebih mudah mengingat dan menarik serta tidak bosan.

4) Asas tatabahasa

Cari guru kemudian mula belajar asas tatabahasa Arab untuk peringkat permulaan.

Misalnya, kenali jenis-jenis perkataan bahasa Arab, kata ganti nama bahasa Arab dan jenis-jenis kata kerja. Kita akan lebih yakin menggunakan bahasa yang kita pelajari apabila mengetahui asas tatabahasa bahasa tersebut.

Walaupun belum sempurna tapi sekurang-kurangnya kita cuba menggunakan bahasa tersebut dengan asas tatabahasa yang betul.

5) Pelajari ayat yang mudah dahulu

Setelah mengingati kosa kata, kenali asas tatabahasa bahasa Arab, jangan takut untuk ke peringkat yang seterusnya iaitu membina ayat-ayat yang mudah.

Susun ayat asas dengan menulis siapa pelakunya, apa perbuatan yang dilakukan, di mana atau dengan siapa dilakukan perbuatan tersebut.

Sebagai contoh:

Ana + adzhabu + ila al-fasli

Saya + pergi + ke kelas.

Peringkat permulaan ini mulakan dengan ayat mudah dan pendek, lama kelamaan anda akan yakin untuk menggunakan ayat lebih panjang dan kompleks.

6) Baca buku cerita bahasa Arab

Wah, pada peringkat permulaan sudah baca buku cerita bahasa Arab? Boleh fahamkah? Macam mustahil bukan?

Sebagai permulaan, cari buku cerita bahasa Arab yang mudah dan mempunyai baris.

Contohnya buku cerita bahasa Arab kanak-kanak. Ayat ringkas dan gambar lebih banyak memenuhi ruang halaman muka surat buku. Ia sangat membantu di samping kita dapat tambah kosa kata bahasa Arab, ia akan membiasakan anda dengan contoh-contoh ayat asas serta menambah minat kita membaca.

Selain itu, jadikan kamus sebagai teman baik ketika ini. Sentiasa rujuk kamus untuk perkataan baharu yang dijumpai.

7) Practice Make Perfect

Orang selalu kata ‘Practice Make Perfect’. Ya, kita perlu selalu berlatih menggunakan ilmu asas yang ada supaya dari hari ke hari ia membuatkan ilmu tersebut lebih sempurna.

Cari cermin dan cuba bercakap menggunakan bahasa Arab di hadapan cermin.

Anda juga boleh menggunakan contoh-contoh perbualan harian bahasa Arab yang ada dalam buku-buku di pasaran.

Kalau yakin, boleh juga gunakan ilmu asas bahasa Arab ini dengan bertutur secara ringkas bersama orang-orang Arab yang telah menetap di negara ini.

Walaupun mungkin anda bertutur menggunakan ayat yang ringkas atau mungkin campurkan penggunaan bahasa Inggeris, Melayu dan Arab ketika bercakap, tahniah, ia merupakan permulaan yang sangat baik.