Kebakaran kilang cat di Meru, dua sekolah diarah tutup

Iklan
Dua kilang memproses cat di Taman Perindustrian Meru hangus dijilat api pagi tadi.

Dua sekolah di Meru, Kapar, Selangor diarah tutup susulan kebakaran dua kilang memproses cat di Taman Perindustrian Meru, awal pagi ini.

Sekolah-sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Meru dan Sekolah Rendah Agama (SRA) II.

Iklan
Iklan

Perkara itu disahkan oleh Pegawai Bomba Kanan II (Komander Operasi Kanan) PBK II Nurul Azman Muhammadan.

"Saya sudah mendapat makluman sekolah tersebut diarahkan tutup atas faktor keselamatan.

Iklan

"Sekitar jam tujuh pagi tadi, guru-guru dan murid-murid telah diarahkan pulang susulan sesi dibatalkan," katanya.

Terdahulu, kebakaran kilang cat berkenaan telah mengakibatkan kawasan kedua-dua sekolah itu dilitupi asap menebal yang membawa bahan kimia.

Iklan

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.34 pagi.

Seramai 39 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar, BBP Bukit Jelutong, BBP Andalas, BBP Klang Utara, BBP Pelabuhan Klang, BBP Klang Selatan, BBP Shah Alam, BBP Bukit Jelutong, BBP Rawang, BBP Pulau Indah BBP Damansara dan BBP Kuala Lumpur telah dikerahkan ke lokasi.